Jabatan Meteorologi Malaysia Jabatan Meteorologi Malaysia
 
 
BALIK PULAU - Kira-kira 20 buah rumah di sekitar kawasan Balik Pulau di sini rosak akibat angin kuat yang berlaku di malam tadi.

Angin kencang yang berlaku kira-kira jam 10.30 hingga 12 malam tadi mengakibatkan lebih 10 batang pokok tumbang dan mengakibatkan seorang lelaki cedera.

Difahamkan antara kawasan yang terlibat di Jalan Tun Sardon, Jalan Sungai Pinang,Jalan Pondok Upeh,Jalan Titi Teras dan Jalan Sungai Pinang.

Akibat kejadian itu, beberapa kawasan dilaporkan terputus bekalan elektrik dan mengakibatkan kenderaan rosak akibat ditimpa pokok.