Sabtu, 29 November 2014

Perwakilan: 'Atas cakap lain, bawah cakap lain'

MALAYSIAKINI


 


Perwakilan Umno Pahang Mohd Shahar Abdullah mahu kerajaan tegas menghapuskan budaya monopoli dalam pemberian lesen teksi dan persepsi bahawa kerajaan terlalu selektif untuk memerangi rasuah.

Sebagai anak seorang pemandu teksi, beliau mendengar keluhan pemandu teksi yang terpaksa menyewa teksi sendiri untuk selepas pemberian lesen diberikan kepada syarikat terlibat sebelum boleh memilikinya.

Membahaskan usul ekonomi di Perhimpunan Agung Umno di PWTC semalam, Mohd Shahar berkata, pemandu teksi terpaksa membayar sewa yang tinggi berbanding membayar pinjaman bulanan bagi memiliki sebuah kereta.

"Mereka terpaksa menyewa teksi dan membayar sewa sekurang-kurang RM50. Kalau didarab dengan 30 hari sudah berapa? RM1,500.

"Kalau kita ada kereta sendiri, kita bayar RM700 hingga RM800, masih ada baki?

"Jadi Umno Pahang cadangkan supaya hapuskan monopoli, pemandu teksi dia sokong dan mengundi kita.

"Ramai pemandu teksi adalah orang Melayu dan segelintirnya bukan Melayu. Pemandu teksi pengundi tegar. Marilah kita fikir-fikirkan, jangan zalin kepada pemandu teksi yang mengundi kita," katanya.

Mengulas isu rasuah, Mohd Shahar mengajak semua perwakilan dan ahli bersama-sama kepimpinan Umno memerangi rasuah sekaligus menepis persepsi dan tuduhan pembangkang bahawa kerajaan selektif dalam kes jenayah itu.

Katanya wujud percanggahan apabila pihak atasan mahukan sesuatu pembinaan seperti stadium dan sekolah berteraskan kualiti tetapi realitinya tidak sebegitu.

"Atas cakap lain, bawah cakap lain. Marilah ahli Umno bersama presiden parti memerangi rasuah," katanya yag juga ketua pemuda Pahang.

Tiada ulasan: