Khamis, 27 November 2014

Peniaga Melayu sukar berniaga di bandar?

Oleh HAZAYANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR: Seorang bekas ahli Umno kecewa apabila bengkel yang sedang didirikan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Jalil mahu dirobohkan oleh Dewan Ban daraya Kuala Lumpur (DBKL).

Hadir ke pejabat Harakah di Jalan Pahang pada 14 November lalu, Dato’ Osman Saad, 53 memberitahu, beliau menerima notis dari DBKL untuk merobohkan bengkel yang akan digunakan untuk perkhidmatan mencuci kereta.

Katanya, notis DBKL ber tarikh 13 November itu memberikan tempoh tiga hari untuk mengosongkan tanah tersebut atas alas an pembinaannya tidak mendapat kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Namun Osman berkata, sebelum mendirikan bengkel tersebut, beliau terlebih dahulu mendapatkan status tanah tersebut.

Menurutnya, tanah tersebut memang tanah rizab kerajaan namun DBKL membenarkan pembinaan dilakukan dengan syarat tanpa menggunakan batubata.

“Saya tak puas hati sebab mereka datang (untuk roboh) tanpa soal selidik dari pihak penduduk Bukit Jalil.

“Sebelum ini saya telah membuat permohonan untuk mendirikan bengkel mengikut syarat yang ditetapkan,” katanya lagi.

Beliau menjelaskan, beng kel itu untuk digunakan oleh anak beliau yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Sehubungan itu, beliau berharap DBKL dapat menarik kembali notis tersebut dan memberi peluang kepada orang Melayu untuk menjalankan perniagaan.

“Kerajaan kata nak tolong orang Melayu tapi bila kita nak mula berniaga, gerai dan bengkel dirobohkan,” katanya.

Tiada ulasan: