Khamis, 27 November 2014

Orang Islam lebih sibuk beri alasan dari berdakwah


Barisan panel ketika wacana Cabaran Dakwah di Malaysia di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini. Foto Sinar Harian: Nizam Zain Barisan panel ketika wacana Cabaran Dakwah di Malaysia di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini. Foto Sinar Harian: Nizam Zain
 
 
SHAH ALAM - Keengganan orang Islam sendiri untuk menyampaikan ilmu Islam kepada orang bukan Islam merupakan cabaran paling besar dihadapi dalam berdakwah.

Presiden Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia, Muhd Zamri Vinoth Abdullah berkata, sikap Muslim yang lebih mementingkan diri serta tidak punya keyakinan diri dalam berdakwah menyulitkan proses penyampaian dan perkongsian ilmu Islam khususnya bagi yang bukan Muslim.

"Cabaran dakwah yang paling besar di negara ini adalah orang Islam sendiri tidak berdakwah. Itulah cabarannya.

"Kita cuba selindung atau sorok (kebanyakan) masalah (berkaitan dakwah Islam) yang dihadapi. Sepatutnya kita fikirkan bersama bagaimana cara dan jalan penyelesaian untuk mengatasi cabaran dakwah ini," katanya menerusi siri Wacana Cabaran dakwah di Malaysia di Kumpulan Media Karangkraf hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, peranan dakwah dan penyampaian ilmu Islam sebenarnya merupakan tanggungjawab setiap Muslim di dunia ini.

"Bila saya tanya mereka (orang Islam), adakah dakwah itu wajib? Kesemua mereka jawab hukum menyampaikan dakwah itu wajib.

"Bila saya tanya mereka apa yang mereka sudah buat bagi memainkan peranan dakwah itu? Mereka tidak dapat jawab kerana mereka tidak buat (berdakwah)," katanya.

Tiada ulasan: