Jumaat, 28 November 2014

Negeri-negeri lain patut contohi Selangor bantu usahawan

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Negeri-negeri lain patut mencontohi Selangor dengan menjadikan usaha membantu usahawan baru sebagai prioriti dalam belanjawan negeri masing-masing.

Pengerusi Persatuan Usahawan IMPAK Malaysia (IMPAK), Mohd Burhanuddin Othman, peningkatkan peruntukan pinjaman mudah mikrokredit Kerajaan Selangor dari RM70 juta kepada RM100 juta bertepatan bagi melahirkan lebih ramai usahawan baru dan usahawan muda.

B3Lj5YpCUAEz2DoKatanya, pada masa ini, anak-anak muda mula cenderung memulakan perniagaan perniagaan online dan ini merupakan satu perkembangan baik.

“Usahawan baru bukan sahaja mampu meningkatkan pendapatan mereka, malah membuka peluang pendapatan kepada masyarakat setempat,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, IMPAK mahu Kerajaan Selangor supaya proses pemberian pinjaman mikrokredit ini dipermudah dan tidak terikat dengan birokrasi melampau.

“Usaha ini diharap membantu usahawan tidak menjadi seperti perumpamaan ‘indah khabar dari rupa’,” katanya.EZY

Tiada ulasan: