Khamis, 30 Oktober 2014

UM diminta henti buru siswa demo

MALAYSIAKINI


 


Umno dan DAP bertelagah dalam isu perhimpunan 2,000 mahasiswa dan penyokong pembangkang di Universiti Malaya (UM) di ibu negara pada Isnin.

DAP menggesa UM menarik balik laporan polis berhubung isu itu dan menumpukan tenaga kepada usaha menaikkan ranking universiti.

Puteri Umno pula menggesa tindakan dikenakan terhadap pihak yang memecahkan kunci di pagar UM untuk memasuki kampus bagi mendengar ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pentadbiran UM patut mengambil sikap bijaksana terhadap apa yang berlaku pada Isnin, mengaku ia membuat kesalahan besar dengan menguncinya dan pemutusan tenaga elektrik di UM,” kata Lim.

Puteri Umno pula berkata, tindakan tegas dan adil perlu diambil terhadap pelajar terbabit kerana dibimbangi kepimpinan universiti dilihat atau dianggap lemah.

“Perkara yang menyalahi undang-undang dalam kalangan pelajar tidak seharusnya berlaku kerana mereka hanya pelajar yang pastinya menjunjung peraturan demi masa depan mereka sebagai pelajar,” ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin (atas) dilapor sebagai berkata oleh Umno Online.

Tiada ulasan: