Selasa, 28 Oktober 2014

Mahkamah Persekutuan perlu perbetul sistem kehakiman dalam pendakwaan politik terhadap Anwar

NADIA HANAFI


KUALA LUMPUR : Mahkamah Persekutuan mesti membetulkan kesalahan dan menegakkan keadilan bagi mengekalkan kredibiliti dan reputasinya di mata masyarakat dalam penghakiman kes fitnah 2 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berlangsung pada 28 dan 29 Oktober ini.

HakimDalam satu kenyataan bersama Persatuan Peguam Wanita,Pusat Keprihatinan Orang Asli (COAC), Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4),Jawatankuasa Hak Sivil KLSCAH,Empower, Himpunan Hijau,Kelab Bangsa Utama, Komas,Peguam untuk kebebasan,Belia Malaysia dan Gerakan Demokratik Pelajar,Pakar Fizik dan Tanggungjawab Sosial Malaysia,Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Teoh Beng Hock trust for Demokrasi, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO),Penulis untuk kebebasan Media(Wami).

Mereka berkata, sistem keadilan Malaysia ditahap rendah apabila Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah atas tuduhan fitnah 2 Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008 dan Anwar akan dipenjarakan lima tahun.

“Kebebasan Mahkamah Tinggi di negara ini iaitu Mahkamah Persekutuan, sekali lagi akan diuji dalam penghakiman mahkamah atas tuduhan fitnah 2 terhadap Anwar untuk kali kedua pada 28 dan 29 Oktober 2014.

“Keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar dari kesalahan fitnah 2 di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan adalah sangat mengecewakan dan menjengkelkan,menandakan sistem keadilan Malaysia rendah,” kata mereka.

Kenyataan itu dipetik berkata sekiranya Anwar dijatuhi hukuman ia bukan sahaja melibatkan kerjaya politik Anwar tetapi cara dimana keseluruhan perbicaraan itu dilakukan, merosakkan perbicaraan undang-undang yang adil menunjukkan kelemahan jenayah sistem keadilan Malaysia.

Selain itu mereka juga berkata pelbagai kempen intimidasi pemerintah yang berkuasa terhadap Anwar Ibrahim dilakukan dan keputusan Mahkamah Rayuan menimbulkan persoalan kepada kewujudan kuasa antara eksekutif dan kehakiman.

Peguam utama Anwar, N. Surendran didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 dua kali semata-mata kerana mengkritik penghakiman Mahkamah Rayuan mengenai kes liwat itu pada September 2014.

Sebulan selepas caj Surendran, Anwar sekali lagi dipanggil untuk siasatan di bawah hasutan untuk didakwa komen berunsur hasutan dibuat pada 25 Mac 2011.

Sebelum ini juga Mahkamah Perseketuan menolak usul Anwar Ibrahim yang ingin menyingkirkan pendakwaraya, Muhammad Shafee Abdullah yang berkait rapat dengan Umno dan tidak layak untuk memimpin pendakwaan yang jelas bercanggah.

Tiada ulasan: