Selasa, 28 Oktober 2014

Kerajaan tindas rakyat yang mahu perubahan


Khalid Samad percaya tindakan memenjarakan Anwar sebagai konspirasi politik kerajaan bagi menamatkan kerjaya politik ketua pembangkang itu.


Khalid SamadPUTRAJAYA: Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad menyelar tindakan kerajaan sebagai zalim dan menindas rakyat yang mahukan perubahan di bawah kepimpinan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menyatakan bahawa Anwar tidak bersalah dan segala yang dipertaruhkan dalam kes ini merupakan konspirasi politik bagi menamatkan kerjaya politik Anwar.

“Mengambil kira konsep keadilan, sekiranya ada keraguan munasabah sekalipun, ia menuntut orang yang dituduh itu dibebaskan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa sesi pendengaran rayuan berhenti rehat.

Walau bagaimanapun pihaknya tidak dapat meramal keputusan kes hari ini.

Beliau turut berharap agar penyokong Pakatan Rakyat akan terus setia bersama menunjukkan sokongan padu terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Hari ini berlangsungnya rayuan terakhir Anwar untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan.

Tiada ulasan: