Khamis, 18 September 2014

Teriak & tangis ibu gesa PM beri keadilan

MALAYSIAKINI


 


Tangis dan teriak menyelubungi sidang media seorang ibu kepada seorang pegawai bank yang mati dibunuh di Kuala Lumpur hari ini.

Mendakwa terdapat kesilapan mahkamah, Law Boh Ing menggesa perkara itu diperbetulkan.

“Saya harap perdana menteri kita, ketua hakim dan peguam negara mendengar kekhuatiran ini dan memberikan kami jawapan,” katanya dalam sedu-sedan, sambil ditemani anak perempuannya.

Bagaimanapun, pada suatu masa, Hie Huong, kakak si mati Wong Jing Kui juga tidak dapat mengawal perasaannya ketika beliau dan ibunya menceritakan semula kecederaan saudara lelaki kandungnya itu.

Beliau sempat keluar seketika daripada bilik sidang media.

Jing Kui dibunuh pada 14 Jun 2012 dan Ling Hoe Ing kemudian mengaku bersalah atas dakwaan membunuh tanpa niat dan dihukum penjara 16 tahun oleh Mahkamah Tinggi Sibu tahun lepas.

Dua lagi, yang dituduh bersubahat dibebas tanpa dilepaskan oleh mahkamah.

Tiada ulasan: