Khamis, 18 September 2014

Pensyarah cabar kesahan Akta Hasutan

MALAYSIAKINI


 


Pensyarah undang-undang Prof Madya Dr Azmi Sharom, yang berdepan pertuduhan bawah Akta Hasutan 1948, hari ini memfailkan permohonan mencabar kesahan undang-undang itu daripada aspek perlembagaan.

Peguamnya Gobind Singh Deo berkata, Azmi memohon mendapatkan arahan supaya Mahkamah Sesyen merujuk kesahan Seksyen 4(1) Akta Hasutan yang akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

Beliau juga memohon pertuduhan terhadapnya ditangguh atau dibatalkan, kata Gobind kepada wartawan selepas memfailkan permohonan itu di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.

Azmi, kakitangan akademik Universiti Malaya (UM), pada 2 September mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan terhadapnya bawah akta kontroversi itu dan dibebaskan dengan jaminan RM5,000.

Sebutan kesnya ditetapkan pada 3 Oktober.

Tiada ulasan: