Sabtu, 20 September 2014

Mahfuz: Isu MB Selangor calar imej PAS

MALAYSIAKINI



 
 
 
Ketua Penerangan PAS Datuk Datuk Mahfuz Omar mengakui beliau berdepan dengan tugas berat untuk memulihkan imej PAS yang tercalar sejak sejak sambutan Aidilfitri sehingga kini.

Dalam ucapan di Muktamar PAS Ke-60 hari ini, Mahfuz berkata beliau akan memperbanyakkan program penerangan bagi menggilap semula imej parti Islam itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas itu, beliau yang juga MP Pokok Sena menyatakan isunya ialah berkaitan "pengurusan isu MB Selangor".

"Kita mesti mengakui imej PAS tercalar sejak sebelum hari raya sehingga sekarang. Siapa yang kata imej kita tidak tercalar, kalau kita menafikan ia satu pembohongan.

"Saya mengakui kerja lajnah penerangan berat, untuk memulihkan imej yang tercalar (ekoran) daripada perjalanan pengurusan parti yang tak terurus," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata perbezaan pendapat dalam PAS tidak bermakna mereka tidak menghormati atau bergaduh dengan pemimpin.

Beliau membandingkan sikap tersebut dengan tindakan kisah seorang pemimpin yang menurutnya merenyuk sehelai kertas dan mencampakkannya ke muka seorang presiden.

"Masih ada adab dan akhlak yang baik, bukan sahaja dengan presiden walaupun masing-masing ada pendirian. Apa sahaja keputusan kita patuh dan laksanakan," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Saladuddin Ayub pula dalam ucapannya mempertahankan rakan jawatankuasa PAS pusat yang dilabel sebagai pemimpin liberal.

Beliau mencabar pihak yang memberi gelaran tersebut mendedahkan individu yang dimaksudkan sebagai “liberal”.

"Label-melabel tak baik... Pastikan siapa mereka. Adakah Khalid Samad, Dr Dzulkifli, Dr Mujahid, Hanipa Maidin. Siakan pentas (untuk berdebat). Tak perlu media, adakan secara tertetutup.

"(Kalau betul) tak payah hadap jawatankuasa displin, kami boleh pecat," katanya.
 

Tiada ulasan: