Selasa, 26 Ogos 2014

Nasib Khalid Diketahui Hari Ini

RAKYATNEWS


alt



SHAH ALAM  - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bagi mendapatkan nasihat baginda berhubung kedudukan beliau sebagai Menteri Besar.

Abdul Khalid berkata, beliau akan menghadap baginda pada pukul 2.30 petang, namun enggan memaklumkan lokasinya.

"Petang esok. Pukul 2.30 petang (menghadap sultan)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan bersama kakitangan awam kerajaan negeri.

Abdul Khalid pada minggu lalu memohon menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat tentang kedudukannya sebagai Menteri Besar selepas Pas menarik balik sokongan terhadapnya.

Sultan yang ketika itu berada di luar negara bagaimanapun meminta Abdul Khalid untuk menunggu sehingga ba-ginda pulang ke tanah air.

Terdahulu, Abdul Khalid dalam ucapannya berkata, beliau menerima de-ngan hati terbuka perkembangan terkini tentang status Menteri Besar dan barisan Exco.

Beliau berharap semua kakitangan kerajaan negeri terus bekerjasama de-ngannya bagi meneruskan pentadbiran bersama empat Exco yang ada dalam memastikan rakyat tidak terkesan de-ngan krisis politik yang sedang melanda.

Tiada ulasan: