Jumaat, 29 Ogos 2014

Mahathir tidak akan berdiam diri - Muhammad Taib

MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: Kritikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak menunjukkan beliau menginginkan seorang Perdana Menteri yang bekerja dan bukannya selalu melancong.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang bekerja di bawah Mahathir berkata, bekas Perdana Menteri itu merupakan seorang yang tegas dalam pentadbiran.

"Mahathir tegas dalam segala hal membabitkan negara ini, beliau mahukan yang terbaik untuk rakyat.

"Bila beliau kritik Najib itu menunjukkan ada yang pincang dalam pentadbiran sekarang, mungkin beliau mahukan Perdana Menteri yang bekerja dan bukannya melancong," katanya ketika ditemui di pejabat Harakah di sini.

Menurut beliau lagi, sewaktu pentabiran Mahathir tidak timbul isu perkauman, malah tidak pernah ada kumpulan pendesak seperti sekarang.

"Ada kita lihat waktu Mahathir mana ada wujud Perkasa, Isma atau apa-apa kumpulan yang menunjukkan mereka terlalu Melayu.

"Beliau adil untuk semua kaum tapi bila Najb mengambil Putrajaya pelbagai konflik timbul ada banyak NGO pendesak dan cuba menimbulkan pelbagai pendapat-pendapat negetif," kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat.

Muhammad juga bimbang sikap lemah Najib dalam menangani isu membabitkan kaum yang boleh mengundang suasana tegang.

Beliau turut berpendapat, Mahathir tidak akan berdiam diri selagi Najib tidak mengikut apa yang beliau kehendaki serta sealiran dengan pentadbirannya sebelum ini. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: