Selasa, 26 Ogos 2014

'Hadi tak pilih Azmin berbanding Azizah'

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menafikan presidennya bertegas mahukan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai calon menteri besar Selangor dan bukannya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Sebaliknya, kata Mohamad, keputusan mesyuarat semalam terikat dengan keputusan dalam mesyuarat sebelumnya dan majlis pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, setiausaha politik kepada presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan laporan sebuah portal berita yang bahawa Hadi menawarkan Azmin menyertai PAS untuk membentuk kerajaan campuran bersama Umno.

Samsuri berkata, laporan itu bukan sahaja tidak benar tetapi juga bertujuan jahat.

Beliau yang hadir semasa Azmin mengunjungi Hadi baru-baru ini menjelaskan, intipati perbincangan sekitar luahan terima kasih pemimpin PKR itu kepada PAS kerana mencalonkannya sebagai menteri besar.

SU Hadi dakwa bos difitnah

Azmin juga, menurut Samsuri (bawah) meminta nasihat dan pandangan umum sebagai “panduan untuk memperkukuhkan Pakatan”.

“Tiada disebut langsung mengenai kerajaan perpaduan bersama Umno seperti yang didakwa,” kata Samsuri.

“Pihak kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat dan pihak TMI (The Malaysian Insider) bertanggungjawab untuk melaporkan penafian ini dan meminta maaf secara terbuka.”

TMI melaporkan mesyuarat jawatankuasa Pusat PAS semalam dikejutkan dengan pengakuan Hadi bahawa beliau menawarkan Azmin menyertai parti itu bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.

Namun, menurut laporan itu lagi, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.

Memetik seorang anggota dalam mesyuarat itu, TMI melaporkan Hadi sebagai mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin.

Ia kemudian dilapor diikuti pertengkaran hangat Hadi-Hanipa.

Tiada ulasan: