Rabu, 27 Ogos 2014

Apakah Hud-hud Yang Tidak Wala Kepada Sulaiman Maka Ia Harus Disembelih?

KELAB GREENBOC



 

Dewan Ulama gesa 2 Adun dipecat

KUALA TERENGGANU - Selepas Pas Terengganu mendesak dua Adun Selangor dipecat, Dewan Ulama Pas Negeri Terengganu pula tampil mendesak tindakan sama terhadap Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin.

Desakan terhadap keduanya yang dianggap membelakangi parti itu, merupakan usul dibentangkan timbalan ketuanya, Dr Abu Bakar Abdullah dalam Muktamar Dewan Ulama Pas Terengganu.

Menurutnya, siasatan perlu dijalankan dan jika didapati bersalah kedua-duanya perlu dipecat keahlian berdasarkan Perlembagaan Pas Fasal 82(6)(d).

“Dua Adun Pas (Hulu Kelang dan Morib) bertindak membelakangi keputusan parti dalam isu Menteri Besar Selangor, selain mencabar parti dengan kesediaan untuk diambil apa-apa tindakan,” katanya di Markas Tarbiah Pas Kuala Terengganu di Kuala Ibai, di sini.

Selain tindakan terhadap dua Adun terbabit, Dewan Ulama Pas negeri turut meminta tindakan tatatertib diambil terhadap beberapa pemimpin Pas lain yang membelakangi adab berjemaah terutama dalam mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi Menteri Besar Selangor, baru-baru ini.

Jelasnya, dalam kalangan pemimpin Pas ada yang menyanggah presiden parti dengan menganggap kenyataan presiden bukan mewakili parti sebaliknya peribadi.

“Kedua, mereka mengkritik kenyataan presiden parti secara terbuka di khalayak ramai dan melalui media dengan mencabar parti serta kesediaan mereka diambil tindakan.

"Ketiga, mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi parti,” katanya.

Beliau berkata, bagi kesalahan tersebut, mana-mana pemimpin yang didapati bersalah boleh diambil tindakan berdasarkan Perlembagaan Pas fasal 82 (6) (b) iaitu hak mereka dalam parti dilucutkan.

Usul itu kemudian, disokong dan diluluskan kesemua 64 perwakilan dari lapan kawasan Parlimen di negeri ini dalam Muktamar Dewan Ulama Pas Terengganu.

Abu Bakar berkata, tindakan seumpama itu tidak boleh dibiarkan sama sekali kerana dikhuatiri berulang dan memberi ruang kepada yang lain melakukan tindakan sama.

“Keadaan ini tentu membawa kemudaratan dan kerosakan kepada parti serta bercanggah dengan thiqah, taat dan wala’ kepada pimpinan dan parti selama mana ia tidak bercanggah dengan syarak serta Perlembagaan parti,” katanya. -SH

ULASAN GB

Kalau nak diambil tindakan disiplin kepada 2 orang ADUN dan kesemua yang berbeza pendapat dengan Presiden PAS, maka ramailah nanti yang akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin. Kalau nak dipecat rasanya hampir tiga suku jumlah ahli PAS yang terlibat bermula dengan Timbalan presiden, lebih separuh AJK Tertinggi PAS Pusat dan tiga suku jumlah ahli biasa PAS.

Maka yang tinggal cuma geng ulama.

Sebab nak dipecat, membelakang adab jemaah, tak wala' katanya!

GB suka menjawab soal wala' ini kerana ramai yang menggunakan alasan ini untuk memecat ahli PAS.

Sila buka Al-Quran. Di sana ada kisah burung hud-hud yang menyalahi adab jemaah Nabi Allah Sulaiman.

Pada satu ketika, Nabi Sulaiman A.S mengumpulkan seluruh pengikut-pengikutnya dan memeriksa mereka baik dari kalangan manusia, jin dan haiwan. Sesudah diteliti, ternyata burung Hud-Hud didapati tidak hadir sehingga menyebabkan Nabi Sulaiman A.S murka kepada Hud-Hud dan bertekad akan menyembelihnya sebagai hukuman.


"Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)." (An Naml:21)

Sekali imbas ancaman yang dituturkan oleh Nabi Sulaiman A.S kepada Hud-Hud tersebut adalah amat menggerunkan, apalagi jika ucapan tersebut ditujukan kepada manusia yang tidak mengikut katanya. Seolah-olahnya Nabi Sulaiman mengeluarkan ‘pekeliling surat pecat serta merta’ kepada Hud-Hud, tetapi sambungan ayat selanjutnya menyerlahkan sisi lain yang walaupun disampaikan dalam keadaan murka, namun rasional masih menguasai diri Nabi Sulaiman, "...Kecuali jika dia datang kepadaku dengan alasan yang jelas".

Tidak lama kemudian, Hud-Hud datang menghadap Nabi Sulaiman dengan penuh pengaduan, menjelaskan sebab-musabab beliau tidak beratur menyertai jemaah yang diwajibkan oleh Baginda Sulaiman.

Hud-Hud menjelaskan kepada Baginda bahawa ia terserempak dengan seorang wanita bernama Balqis, seorang ratu kerajaan Saba' yang memiliki singgahsana yang besar, tetapi malangnya ratu tersebut tidak beriman dan tunduk kepada Allah Taala. Pengaduan Hud-Hud diterima oleh Nabi Sulaiman, lantas Baginda mengarahkan Hud-Hud untuk menyiasat perkara itu dan membawa surat perutusan dari Baginda.

Nabi Sulaiman a.s mengutuskan surat kepada Ratu Balqis untuk mengajaknya memeluk islam dan dipendekkan cerita akhirnya Ratu Balqis akur dan memeluk isalm dengan hati terbuka. Menurut sebahagian ahli tafsir dan ahli sejarah nabi-nabi, bahawa Nabi Sulaiman akhirnya berkahwin dengan Balqis dan dari perkahwinannya itu lahirlah seorang putera.

Apakah Nabi Sulaiman terus menangkap dan menyembelih burung hud-hud tersebut sekalipun hud-hud itu tidak mengikut adab jemaah untuk patuh supaya berhimpun di depannya?

Apakah dua orang ADUN yang tidak patuh kepada Presiden terus hendak dipecat sedangkan kedua-dua ADUN itulah yang menyelamatkan Pakatan Rakyat yang jika tanpa mereka PR tidak mempunyai bilangan ADUN yang mencukupi bagi menamatkan krisis MB Selangor waktu itu?

Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin terpaksa membuat “ijtihad” (keputusan) peribadi untuk menyelamatkan PR walaupun PAS hanya membuat keputusan rasmi mengenai isu tersebut dalam mesyuarat 17 Ogos, dan keputusan 17 Ogos itu juga berpihak kepada kedua-dua ADUN berkenaan.

Dua Adun PAS ini membuka pintu untuk peralihan kuasa tatkala Selangor mengalami kebuntuan dalam krisis menteri besar dan Khalid yang pada ketika itu sudah dipecat daripada partinya.

Ada yang beranggapan kerana kedua-dua ADUN bertindak lebih awal daripada Jawatankuasa PAS Pusat. Jika demikian apa masalahnya? Burung hud-hud tadi bertindak lebih awal daripada sekalian makhluk Allah yang ada di depan Nabi Sulaiman, tidak beratur dan tidak ikut adab jemaah, membawakan perkhabaran dan berita besar Nabi Sulaiman TIDAK pula menyalahkan tindakan hud-hud berkenaan malah menyuruh pula burung itu menjadi "posmen" diantaranya dengan Ratu Balqis.

Dua ADUN PAS membawa perkhabaran bahawa ADUN-ADUN PKR & DAP telah bersetuju mencalonkan Wan Azizah, dan demi menjaga kesepakatan Pakatan Rakyat kedua-dua ADUN itu merasakan perlu untuk mereka bersama-sama rakan-rakan di dalam PKR dan DAP berkenaan. Bukankah menjadi matlamat PAS juga untuk mempastikan PR utuh dan kukuh sepertimana Deklarasi 17 Ogos?

Dimana logiknya hendak dikenakan tindakan ke atas kedua-dua ADUN berkenaan?

Ada masanya terutama di waktu-waktu kritikal "adab jemaah" perlu ditinggalkan terutama apabila berdepan dengan keadaan mendesak. Itulah prinsip orang berakal. Bukan si bebal.

Tidak mengapa. Pecatlah sesuka hati kamu. Ramai ahli yang bersedia untuk dipecat, termasuk GB, jika itu kemahuan kamu.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Tiada ulasan: