MH17
 
 
 
TIGA pakar aeroangkasa yang ditugaskan menjalankan siasatan di lokasi nahas MH17 telah menyerahkan bahan bukti dalam bentuk foto dan video kepada kumpulan penyiasat Belanda.

Ketiga-tiga pakar itu, Azhari Dahlan bersama Mohd Naemy Fahimy Mustapha dan Kapten Phillip Joseph Selvaraju sebelum ini pernah terbabit dalam siasatan membabitkan satu lagi pesawat malang MAS, MH370.

Sementara itu dilaporkan, anggota dari pasukan forensik, Unit Pengecaman Identiti Mangsa, DVI dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menumpukan operasi kepada proses pengecaman mayat di Belanda.

Malaysia telah menghantar sepasukan 36 pakar forensik, selain pegawai dan anggota Pasukan Khas Penyelamat dan Bencana Malaysia (SMART) berlepas ke Kharkiv, kira-kira 500 kilometer dari bandaraya Keiv pada 22 Julai lalu.