Sabtu, 28 Jun 2014

Bekas Mufti Perlis suka lihat gambar ini

HARAKAHDAILY






KUALA LUMPUR: “Saya suka melihat gambar YAB MB Kelantan ini. Ia mempunyai banyak mesej yang menarik untuk ditafsirkan,” tulis bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi facebooknya, kelmarin.

Bagi beliau, secara umumnya ia memberikan gambaran kesederhanaan cara hidup seorang pemimpin yang masih lagi ke masjid bersolat jamaah dengan 'basikal orang kampung'.

“Gambar seperti ini lebih diminati rakyat dari gambar para pemimpin atau para isteri pemimpin yang menunjuk-nunjuk kemewahan kepada rakyat,” tulisnya lagi.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob akan berbasikal ke masjid berhampiran kediamannya setiap kali masuk waktu solat.

“Beginilah rutin YAB Menteri Besar Kelantan apabila berada di kediamannya,” tulis admin facebook Ustaz Ahmad yang turut memuatkan gambar berkenaan


Tiada ulasan: