Rabu, 28 Mei 2014

Siasatan JPP sahkan 4 elemen sabotaj Pemilihan KEADILAN

KEADILAN DAILY


Setelah pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) KEADILAN menjalankan siasatan mendalam serta mengadakan sesi pendengaran sejak 17 Mei hingga ke hari ini, berikut adalah beberapa penemuan JPP:

Johari1. JPP telah menerima laporan, aduan dan bantahan daripada anggota Cabang-Cabang tertentu yang mengadu tentang kehadiran orang yang bukan anggota parti yang telah menimbulkan kekecohan serta berusaha menghalang dan mensabotaj proses pengundian.

2. Daripada siasatan JPP, elemen-elemen yang berusaha untuk mensabotaj Pemilihan KEADILAN menggunakan modus operandi berikut:

i. lebih dari separuh insiden sabotaj telah berlaku selepas jam 2.30 petang
ii. pensabotaj akan merempuh masuk ke dalam dewan pengundian dan menimbulkan kekecohan
iii. sasaran pensabotaj adalah tong-tong peti undi
iv. pensabotaj terdiri daripada anggota kumpulan kongsi gelap – kami boleh sahkan bahawa perkara ini berlaku sewaktu proses pengundian di Cabang Kota Raja dan Kuala Langat
Sebagai langkah keselamatan, beberapa perincian tidak akan kami umumkan untuk melindungi informan-informan yang terlibat dalam proses siasatan.

3. Pihak JPP telah menerima banyak rakaman video tentang insiden-insiden sabotaj, dan kami sedang meneliti video-video ini untuk mengambil tindakan lanjut. Pada masa yang sama, JPP meminta orang awam serta anggota parti yang mungkin mempunyai video atau rakaman kejadian-kejadian ini untuk tampil ke hadapan dan membantu kami.

4. Kesemua insiden di mana didapati berlakunya kesalahan tatatertib atau tataetika pemilihan, atau melanggar disiplin parti, akan dibawa ke perhatian Lembaga Disiplin parti untuk tindakan lanjut.
Seperti yang semua sedia maklum, beberapa anggota telahpun dipecat dan digantung kerana melanggar tataetika atau disiplin parti.

Oleh itu, dan kerana proses pemilihan semula akan berlangsung bagi beberapa Cabang pada 31 Mei dan 1 Jun ini, semua anggota parti perlu ingat dan prihatin tentang tataetika pemilihan serta disiplin parti.

Berikut adalah Cabang-Cabang yang akan mengadakan proses pengundian pada 31 Mei dan 1 Jun:

31 Mei:
1. Setiu
2. Kuala Nerus
3. Kemaman
4. Dungun
5. Jerantut
6. Paya Besar
7. Pasir Puteh
8. Pengerang

1 Jun:
1. Tenggara
2. Sg Petani

JPP akan membuat pengumuman tentang tarikh pemilihan semula yang lain dari semasa ke semasa.

Datuk Johari Abdul
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat KEADILAN

Tiada ulasan: