Ahad, 27 April 2014

Rumah aktivis Unit Amal Hulu Langat musnah terbakar


 
JEPIARDY 


HULU LANGAT: Bekas Komandan Unit Amal PAS Kawasan Hulu Langat Rusli Abdullah dan keluarga yang menetap di Kampung Jalan Enam Kaki tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran malam tadi.

Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Beliau menjelaskan keluarganya kehilangan banyak barangan peribadi akibat kebakaran tersebut.

"Mereka kini amat memerlukan bantuan dan sumbangan orang ramai, terutamanya keperluan barangan sekolah untuk anak-anaknya meneruskan persekolahan seperti pakaian seragam, kasut, buku sekolah dan alat tulis,” kata Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat.

Rusli bersama isteri dan enam orang anaknya yang berumur antara setahun hingga 19 tahun kini menumpang sementara di bilik gerakan PAS berhampiran sementara menanti bantuan untuk membina semula rumahnya.

Selain Ahli Parlimen Hulu Langat, jiran-jiran sekampung dan rakan taulan turut menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyumbang barangan berbentuk pakaian dan makanan.

Bagi tujuan sumbangan kewangan untuk keluarga berkenaan, boleh menghubungi Pengarah PAS Dun Semenyih, Nazar Abd Latiff di talian 019-275 4151.

Segala sumbangan kewangan boleh dimasukkan ke akaun Maybank PAS MTD Beranang 555087100220.

Tiada ulasan: