Sabtu, 29 Mac 2014

Musa: Dr M ada di KL semasa peristiwa Memali

 

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa melakukan lawatan rasmi ke China sewaktu berlakunya peristiwa berdarah Memali pada 1985 yang mengakibatkan 18 orang terkorban.

Dan hampir tiga dekad selepas peristiwa itu berlaku, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa Dr Mahathir berada di ibunegara ketika kereta perisai menuju ke kampung terpencil di Baling, Kedah itu untuk melumpuhkan satu kumpulan agama yang diketuai oleh Ibrahim Mahmud, yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Malah, Musa dilaporkan memberitahu satu forum di Kota Bharu malam
tadi dan petikannya dimuat naik di Youtube, bahawa Dr Mahathir masih berada di Kuala Lumpur pada hari kedua, ketiga dan keempat selepas peristiwa tersebut.

Apabila mendengar ini, forum moderator Mohammad Agus Yusof berkata: "Oh my God."

Kira-kira 400 anggota polis menyerbu kampung itu pada 19 November 1985 selepas berdepan dengan penduduk kampung yang enggan menyerahkan Ibrahim kepada pihak berkuasa yang menuduhnya sesat.

Serbuan itu mengakibatkan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terbunuh.

Tiada ulasan: