Ahad, 23 Februari 2014

Tarik semula arahan pindah sekolah Pengerusi Bantah SPPBS

KEADILAN DAILY

mansuh_PBS
KUALA LUMPUR : Jingga13 menyelar tindakan drastik dan zalim Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan pengerusi penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Mohd Nor Izzat Mohd Johari ditukar sekolah berkuatkuasa 17 Februari lalu.

Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa berkata, tindakan tindakan dilakukan Cikgu Mohd Nor Izzat dan SGMM hanya bagi menyatakan bantahan demi kepentingan profesion perguruan dan mutu pendidikan negara

“Jingga 13 Malaysia mendesak KPM khususnya Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yassin menarik balik tindakan zalim tersebut dan menghentikan tindakan menakut-nakut dan mengugut para guru dengan cara tindakan yang diambil terhadap hadap Cikgu Mohd Nor Izzat

“KPM sewajarnya bertindak profesional dan tidak tunduk pada mana pihak khususnya Umno,” kata Fariz dalam kenyataannya kepada Keadilandaily.

Tindakan drastik ini dibuat oleh KPM dipercayai ekoran kelantangan Mohd Nor Izzat selaku Pengerusi Penaja SGMM mengkritik dan menentang sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada tahun 2011

Kata Fariz, sistem PBS mempunyai banyak kelemahan ternyata gagal serta memberikan impak negatif kepada para guru dan murid-murid

Himpunan 222 yang dianjurkan SGMM bersama NGO diadakan esok di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi selepas solat Zohor.

Tiada ulasan: