Khamis, 30 Januari 2014

Persiapan Tahun Baru Cina KEADILAN Terengganu dirampas

KEADILAN DAILY

 

kampung_cina_terengganu



KUALA TERENGGANU : Kira-kira 40 penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) merampas peralatan persiapan Tahun Baru Cina yang dianjurkan Pusat Khidmat DUN Bandar, Terengganu.

“Mereka menyerbu dan merampas peralatan persiapan kami untuk sambutan Tahun Baru Cina kira-kira jam 11 pagi tadi,” kata Adun Bandar Azan Ismail kepada Keadilandaily.

“Program yang kami anjur telah mendapat permit dari polis Terengganu. Kenapa MBKT rampas?, soal Azan.

Azan memaklumkan, program Tahun Baru Cina DUN Bandar diadakan malam ini di Kampung Cina, Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, Azan berkata beliau mengesyaki sabotaj dilakukan oleh parti MCA yang mempunyai pengaruh dalam MBKT.

“Ini tindakan salahguna kuasa dan gangguan. Bahkan pihak polis sendiri simpati dengan apa yang berlaku. Namun mereka tak boleh lakukan apa-apa.

“Ribuan ringgit dibelanjakan. Bukannya guna duit kerajaan negeri. Tapi hasil sumbangan orang ramai dan inisiatif KEADILAN Terengganu,” kata Azan.

Satu laporan polis akan dibuat Azan dan pegawai Pusat Khidmatnya di IPD Kuala Terengganu jam 2.30 petang ini.

Tiada ulasan: