Rabu, 29 Januari 2014

Pengosongan DUN Kajang: Fahami agenda disebaliknya




Oleh Mohd Sayuti Omar


Seperti berbelah bagi dan pro kontra saja pendangan terhadap tindakan PKR mengemukakan pelan untuk meredakan pergolakan dalaman parti berkenaan yang turut membabitkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Kalau kita bijak siasah dan ikhlas bersahabat, pelan dilakukan PKR itu cukup simple dan gampang untuk difahami. Pelan tersebut untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding di DUN 25 Kajang bagi memungkin beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Itu saja intisarinya.

Ada pun kenapa sebab dan puncanya juga mudah untuk diarifi. Poses untuk menurunkan Khalid secara manual (anak beranak) bagi digantikan dengan Mohamed Azmin Ali gagal kerana sebab-sebab sedia maklum. Bertolak dari situ masalah didalam PKR berlarutan dan perlu kepada pelan penuh tektikal. Saking hebatnya masalah dalam PKR, hanya diketahui oleh parti itu sahaja. PKR dan tentunya Anwar dan seluruh kepimpinanya bimbang dengan putaran perkembangan yang berlaku.

Yang jelas masalahnya, perbalahan di antara Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali dengan Abdul Khalid Ibrahim sudah memuncak dan tidak mungkin dapat dikawal lagi. Kedua-dua pihak berdegil, Azmin berhajat juga untuk merasai jawatan MB, atas alasan untuk memaknakan jawatan MB itu kepada parti. Bagi Azmin jawatan dianugerahkan parti perlu dipulangkan kepada ahli parti? Khalid dikatakan tidak memainkan peranan kedua belah pihak, rakyat dan parti, dan ini menimbulkan kegelisahan di kalangan orang parti.

Manakala Khalid pula bersikeras dan merasa syok setelah dilindungi oleh kuasa tertentu, termasuk oleh seorang 'Emelda tanpa Marcos' yang bertakhta di pejabatnya. Khalid telah menjadi teruna yang baru mendapat dara menerusi jawatan berkenaan menyebabkan sukar beliau untuk turun selepas naik!

Anwar sendiri selaku Ketua Umum PKR sudah serabut perut dengan apa yang berlaku. Klimeksnya Anwar dikatakan pernah menghempas fail di meja kerana isu Khalid itu. Jadi penyelesaian terbaik diambil oleh parti itu ialah dengan pelan strategi yang sudah dibuat itu. Pelan itu sesungguhnya tidak mengecewakan Khalid dan tidak juga menggembirakan Azmin. Win win situation.

Justeru semua pihak kena faham terhadap apa yang berlaku dan menghormati konsensus yang dibuat mengenai hal itu. Paling utama ialah rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, PAS dan DAP. Tampaknya DAP tidak ada masalah apa-apa. Sebagai parti yang berdisplin tinggi, berkedudukan, tahu menghormati politik dan rakan, DAP reda dan rela. DAP tahu mengukur baju dibadan sendiri dan bersikap qana'ah dalam hal ini.

Walaupun Lim Guag Eng dalam reaksi kepada apa yang berlaku membayangkan rasa kekecewaanya kerana dia tidak diberitahu perkembangan politik di Selangor itu, tetapi Setiausaha Agung DAP itu akur. Bapaknya Lim Kit Siang hadir semasa Khalid membuat pengumuman Anwar akan bertanding di DUN Kajang. Kiat Siang berada di sebelah Anwar Ibrahim. Dan kita percaya Guan Eng juga patuh dan hormat dengan keputusan diambil PKR.

Malangnya yang sikit ada problem ialah PAS. Ada beberapa kerat pemimpin PAS menyuarakan nada sumbang dengan pelan berkenaan. Tidak kisah kalau suku sakat Umno yang jadi problem dan membuat berbagai komen buruk serta meraban dengan pelan itu. Sudah lumrah kalau Umno bersikap begitu tidak bersetuju apa saja dibuat pembangkang dan sebaliknya. Begitu juga 'no probelem' kalau pemerhati politik, penganalisa bertaraf sarjana dan NGO membuat komen masing-masing, kerana kita sudah tahu mengenai persepsi dan kebencian mereka kepada Anwar selama ini. NGO yang hari-hari berkumul dengan air liur Dr Mahathir Mohamad pasti tidak bersetuju. Seantero dunia tahu macam mana sikap Mahathir kepada Anwar.

Tetapi malamg apabila nada sumbang keluar dari kerongkong PAS. Ada macam-macam nada kedengaran. Kononnya perkara itu tidak dirunding dengan PAS, membazir, menyusahkan rakyat dan sebagainya. Ada juga yang mengatakan tindakan itu sebagai mengkankungkan rakyat. Ewah.. Saya tidak mahu bertanya panjang mengenai hal ini kepada sesetengah orang PAS yang lidahnya perlu diasah dengan batu politik itu. Apakah mereka akan melenting kalau hal dan maksud sama berlaku ke atas mereka?

Katakanlah Timbalan Musrsydul Am, Dr Haron Din yang ditunjuki untuk jadi MB Selangor dan memerlukan seorang wakil rakyat PAS mengosongkan kerusi; katakanlah, Saari Sungip di Hulu Kelang melepaskan kerusi. Apakah mereka akan melenting dan marah dengan tindakan itu sebagai anti demokrasi, mengkhianati rakyat, membazirkan wang negara, mengkangkungkan rakyat dan sebagainya? Apakah akan terjadi demikian?

Saya yakin dunia PAS akan senyap sunyi. Mereka yang lidah masih kena diasah dengan batu politik akan diam membisu. Serta merta juga pelan seperti itu akan dianggap munasbaah, baik, tepat dan menurut kehendak-kehendak ajaran Islam serta terafdal. Maka akan dicuplikanlah ayat-ayat Quran dan Hadith untuk menghalalkan tindakan itu. Pasti. Kenapa begitu?

Jujurlah degan diri sendiri dan dengan kawan-kawan dalam Pakatan. Kalau kita boleh terima orang kita (pemimpin) yang terlibat dalam hal-hal seperti itu, mengapa tidak dengan Anwar dan orang lain. Terus terang saya katakan, mereka yang tidak suka bukan kerana mereka jujur dan suci terhadap demokrasi. Mereka tidak suka kerana ada faktor dan elemen lain.

Boleh dipersoalkan apakah benar PAS mengamalkan demokasi dan menghormati kepada kebenaran dan hak-hak sepatutnya? Saya ambil contoh apa yang berlaku dalam kerajaan PAS Kelantan dan dalam parti itu. Saya mengambil Kelantan sebagai kerana Kelantan dianggap sebagai negeri kubu PAS yang dianggap sudah masak dengan Islam dan titik baris siasah Islam. Apakah disana wujud keadilan sejati?

Kerajaan Kelantan dan PAS harus menjurai keadilan dan kebenaran sebagai latar balakang kepada kerajaan PAS. Tetapi apakah yang dilakukan oleh PAS Kelatan kepada pemimpinnya sendiri Husam Musa? Atau bagaimanakah PAS Kelantan melayani kehadiran rakan mereka PKR di negeri berkenaan? Pembalansan PAS kepada Husam Musa dan juga bentuk layanan serta dolak dalih pemimpin PAS Kelantan boleh dijadikan iktibar untuk melihat rupa diri sesetengah orang PAS khasnya yang lidah politik mereka masih tumpul. Apa berlaku dalam geluk politik kerajaan PAS Kelantan itulah cerminan hati PAS sebenarnya.

Mengenai pelan transisi yang diambil PKR itu semua pihak kena menghormatinya. Ia juga perlu direnungi dan menggali lebih jauh maknanya dari apa yang ada dibirai kepala. Ada orang menuduh ia adalah sikap gelojoh Anwar dan kegilaan kuasa untuk menjadi MB. Bagi saya tanggapan itu meleset dan gagal membaca peta politik yang dilakarkan oleh Anwar.

Kesediaan Anwar untuk memimpin Selamgor itu (kalau diizinkan Allah), bukan saja meredakan persengketaan politik di antara Azmin dengan Khalid. Azmin dan Khalid bukan agenda Anwar. Tetapi Anwar mempunyai tujuan lebat hebat dan besar dari itu. Sebagai seorang bertaraf negarawan Anwar bukan seperti Inchek Ibrahim Ali, yang berjuang di sekitar perut dan tembolok saja. Anwar ada agenda lebih jauh dari itu untuk kemanan negara demi rakyat dan bukan peribadi.

Malanglah sesetengah pemerhati dan tokoh politik dalam melihat agenda dan pelan berkenaan, masih berpusat kepada sentimen peribadi. Masih melihat dengan rupa huduh terhadap Anwar kerana menyakini fitnah yang ditabur oleh Mahathir Mohamad dan Umno. Apalah sangat jawatan MB Selangor buat orang seperti Anwar? Lagipun cita-cita dan impian Anwar bukan menjadi MB, tetapi untuk jadi perdana menteri. Tidakkah jawatan perdana menteri itu akan menjadi titian baginya dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Mungkin ada yang mengira mustahil dan tidak masuk akal. Memanglah mereka yang otak kemetot tidak mudah untuk menyakininya.

Sepatah kata-kata dan ulasan Khalid dalam memberi justifikasi pelan berkenaan, adalah benar dan betul. Kata Khalid keperluan Anwar untuk memimpin Selangor bagi persiapan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya. Manakala Pengarah Stretegi PKR Rafizi Ramli pula bermadah pelan berkenaan adalah untuk menyelamatkan Najib Razak yang kini sedang dikerjakan orang tertentu dalam Umno.

Tidak perlu diulas dan diperlebarkan rancangan ini, anda semua ada otak fikirlah mengenai kemunasabahannya. Dan jika gagal juga untuk memahaminya asahlah otak anda dengan batu politik
http://msomelayu.blogspot.com

Tiada ulasan: