Sabtu, 28 Disember 2013

Kenapa bantu PERKASA saja, soal NGO Melayu lain



Tindakan kerajaan menyalurkan dana kepada kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini menimbulkan perasaan tidak puas hati kumpulan NGO Melayu-Islam yang lain.

Antara yang menyuarakan perasaan tidak puas hati itu, Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).


Mereka yang juga mengaku terlibat mempertahankan hak-hak orang Melayu dan umat Islam di negara ini turut mahukan pengiktirafan, termasuk menerima penyaluran dana itu.

Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, mereka mengesyaki PERKASA mendapat bantuan daripada kerajaan tetapi perkara ini tidak pernah didedahkan secara terbuka sebelum ini.

“Sekarang, dengan pendedahan PERKASA mendapat dana kerajaan... saya rasa tidak adil hanya PERKASA mendapat dana ini,” kata Rani dalam SMS kepada Malaysiakini hari ini.

“Kami bergerak dengan wang saku sendiri... jadi saya desak kerajaan berhati-hati menyemak semula dana terhadap NGO.”

Tiada ulasan: