Isnin, 30 Disember 2013

BERSIH: K'jaan guna taktik sama tekan TURUN

MALAYSIAKINI
 
 
 
Usaha kumpulan masyarakat sivil untuk mengadakan bantahan atas kenaikan kos sara hidup mula mendapat tekanan oleh agensi kerajaan yang menuduh kumpulan terbabit cuba menggulingkan kerajaan.

NONEPenganjur demonstrasi di Dataran Merdeka yang dipromosi sebagai Himpunan Turunkan Harga berkata tujuan protes tersebut adalah untuk memberi tekanan kepada kerajaan kerana menaikkan harga minyak, gula, elektrik dan beberapa barangan dan perkhidmatan.

Usaha berkenaan kini terhalang dengan laporan polis dan juga perisytiharan dari Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh bahawa para peserta demonstrasi merancang untuk membawa senjata dan bom tangan semasa perhimpunan tersebut.

Ketua NGO Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Azan Safar yang menjadi antara penggerak bantahan tersebut berkata tindakan pihak berkuasa itu serupa seperti dengan kronologi drama menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0, masing-masing pada 2011 dan 2012.

Taktik sama tekan BERSIH


"Ini taktik sama yang digunakan seperti masa lalu untuk memburukkan himpunan rakyat," kata Azan ketika dihubungi Malaysiakini.

NONEBeliau melihat bahawa tindakan itu menunjukkan kerajaan cuba mengelak dari menjelaskan justifikasi kenaikan harga barang.

Azan menegaskan bahawa perhimpunan itu akan berlangsung secara aman tetapi beliau tetap khuatir sekiranya pihak yang menentang acara tersebut akan melakukan sabotaj.

Pihak polis menerima lebih 2,000 laporan polis pada 2011 oleh pihak yang membantah penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0.

Malah dua hari sebelum protes pada 9 Julai, pegawai sama, Amar Singh mendedahkan polis menjumpai berbelas parang dan 'molotov cocktail' yang didakwa disimpan oleh penganjur demonstrasi.

"Seperti TURUN, kerajaan turut menuduh kami cuba menggulingkan kerajaan selepas kami menganjurkan himpunan BERSIH 3.0 pada 2012," kata pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah ketika dihubungi.

NONEBERSIH telah mengemuakan saman ke atas New Straits Times berikutan dakwaan tersebut, dan akhbar tersebut kemudiannya memohon maaf.

Maria berkata beliau hairan mengapa kerajaan masih melakukan modus operandi yang sama terhadap Turun.

"Mereka (kerajaan) harus tahu rakyat tidak lagi mempercayai taktik sebegini. Rakyat lebih bijak dan mempunyai lebih akses maklumat.

'Kerja gila'

"Adalah lebih baik untuk kerajaan belajar dan menjawab soalan dengan bijak, bukannya melakukan kerja gila seperti ini," kata beliau.

Beliau menambah yang TURUN, seperti BERSIH memperjuangkan isu rakyat yang jelas dan bermakna.

NONESejurus himpunan TURUN diumumkan, sebuah gambar misteri disebarkan di sosial media yang mempromosi acara "himpunan gulingkan kerajaan" dengan tarikh dan tempat yang sama dengan himpunan TURUN.

Pemimpin akar umbi BN serta NGO berkaitan Umno membuat lebih 1,000 laporan polis atas “himpunan guling” tersebut.

Polis dengan pantas menahan Azan atas dakwaan menjalankan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen tapi kemudiannya terpaksa membebaskannya kembali kerana gagal mendapatkan perintah reman.

Polis juga cuma menahan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, seorang lagi yang giat mempromosikan bantahan ini.

Walaupun para aktivis berulangkali berkata protes mereka menumpukan isu kenaikan harga barang sahaja, media berkaitan kerajaan terus memainkan peranan dan menggunakan terma "himpunan gulingkan kerajaan" dalam laporan berita mereka.

Kemuncaknya, blog pro Umno semalam menerbitkan sebuah emel didakwa dihantar oleh Abdul Rahim Ghouse, seorang yang rapat dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

Emel bertajuk "C for Chaos" (C untuk Kekacauan) itu mendakwa akan terdapat berlaku beberapa "letupan kecil" pada hari tersebut.

Rahim menafikan menghantar emel tersebut sementara Rafizi menganggap ia satu 'drama yang teruk'.

Tiada ulasan: