Selasa, 29 Oktober 2013

Tiada perebutan kuasa antara Khalid dan Azmin, kata Speaker Selangor

OLEH RITA JONG

Hannah berkata ahli politik Pakatan Rakyat digalakkan menyatakan pandangan bertentangan dengan polisi parti. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Oktober, 2013.Hannah berkata ahli politik Pakatan Rakyat digalakkan menyatakan pandangan bertentangan dengan polisi parti. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim,  






















Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh menolak khabar angin wujudnya perebutan kuasa antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Yeoh berkata perkara tersebut hanya diperbesarkan dan disensasikan selepas penyerahan memorandum oleh Kelab Penyokong Kerajaan kepada Abdul Khalid baru-baru ini.

"Tiada perebutan kuasa. Memorandum tersebut hanya sekadar harapan Kelab Penyokong Kerajaan yang mahu melihat kualiti kehidupan rakyat Selangor diperbaiki. Ini adalah suara wakil rakyat dan cadangan mereka adalah bagi memperbaiki pengurusan negeri. Itu sahaja.

"Tapi, semestinya laporan media mahu menjadikan ia sebuah isu besar. Mereka mahu menggambarkannya wujud pergaduhan untuk mendapatkan kuasa, rancangan untuk menyingkirkan MB. Semua itu tidak wujud," kata Yeoh selepas merasmikan Adun Muda Selangor, satu program untuk mendedahkan anak muda kepada kerja-kerja perundangan.

Menurut Yeoh, langkah Kelab Penyokong Kerajaan sebaliknya perlu dilihat dari aspek baik dan sebagai satu bentuk politik yang sihat, bukan sekadar hanya mengikut telunjuk.

"Malahan sejak lima tahun lalu, kami menggalakkan ahli politik Pakatan Rakyat untuk bangun menyatakan pandangan bertentangan dengan polisi kami sendiri.

"Ini bukan menunjukkan tidak bersetuju atau perebutan kuasa tapi hanya sekadar memainkan peranan untuk menyampaikan ketakpuashatian daripada rakyat," ujarnya lagi, merujuk kepada khabar angin kononnya Azmin mahu merampas kedudukan Abdul Khalid sebagai MB, ekoran kritikan keras baru-baru ini.

Abdul Khalid tidak mengendahkan spekulasi tersebut sebaliknya mengakui ia sebahagian daripada politik, manakala Azmin juga turut menafikannya.

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada alasan untuk menggantikan Khalid sebagai MB.

"Jika Azmin mahu mengambil alih, sudah pasti saya akan tahu," kata beliau di Parlimen.

Pemimpin PKR itu juga menafikan wujudnya perebutan kuasa di negeri Selangor walaupun beliau secara terbuka mengkritik pentadbiran Abdul Khalid baru-baru ini.

Anwar dilaporkan berkata, walaupun Selangor memiliki lebihan dana, ianya tidak disalurkan kepada mereka yang memerlukan sehingga menyebabkan orang ramai melabel Abdul Khalid sebagai seorang yang "kedekut"

Tiada ulasan: