Isnin, 28 Oktober 2013

Penyebaran Mingguan Herald Ke Sabah, Sarawak Tiada Masalah

MSTAR ONLINE
 
 
KUCHING: Penyebaran naskah mingguan Katholik, Herald di Sabah dan Sarawak, sekalipun ada keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini berhubung penggunaan perkataan Allah, tidak harus menjadi isu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala pada Isnin.

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri tidak sepatutnya menghalang penyebaran kira-kira 2,000 naskah Herald di Sabah Khamis lepas, yang kemudian ditarik balik larangan pada Ahad, setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan perkara itu semasa lawatannya ke sana minggu lepas.

"Saya percaya terdapat salah faham. Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak boleh terus (mengguna perkataan Allah dalam upacara agama dan penerbitan mereka). Jadi penyebaran mingguan Herald tidak
menjadi masalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan forum serantau Persatuan Pentadbiran dan Pengurusan Awam Komanwel (Capam) 2013 di sini.

Beliau diminta mengulas tentang akauntibiliti kerajaan berhubung langkahterbaru kementerian itu tentang isu tersebut.

Najib berkata, keputusan Mahkamah Rayuan mengubah hak Herald dalam menggunakan perkataan Allah tidak langsung menjejas amalan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, sebagaimana termaktub dalam Persetujuan 10-perkara diputuskan oleh kabinet persekutuan.

Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Okt itu, gereja Katholik, yang mencetak 14,000 naskah Herald setiap minggu untuk kira-kira sejuta penganut agama itu di negara ini, telah menggunakan perkataan Allah dalam koma kurungan. - BERNAMA

Tiada ulasan: