Ahad, 27 Oktober 2013

90 Peratus Muka Baharu Terajui Ketua Puteri Umno Negeri - Mas Ermieyanti

MSTAR ONLINE
 
 
MELAKA: Pergerakan Puteri Umno akan melantik 90 peratus muka baharu untuk jawatan Ketua Puteri Umno Negeri, kata ketua pergerakan itu, Mas Ermieyanti Samsudin.

Beliau berkata, ini berikutan hampir kesemua calon yang memenangi jawatan Ketua Puteri di peringkat bahagian pada pemilihan Umno baru-baru ini terdiri daripada muka baharu.

Katanya, hanya dua Ketua Puteri negeri iaitu Norasimah Md Nowar di Kedah danNorwahida Patuan (Kelantan) mengekalkan jawatan Ketua Puteri di peringkat bahagian masing-masing.

Mas Ermieyanti berkata, beliau kini sedang dalam proses bertemu Pengerusi Badan Perhubungan Umno di setiap negeri bagi berbincang dan mengenal pasti calon terbaik menerajui pergerakan itu di negeri masing-masing.

"Kedah dan Kelantan saya belum bincang (dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno), saya tak pasti (mengekal kepimpinan atau muka baharu)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah di sini, Sabtu.

Mas Ermieyanti berkata pada masa ini, pergerakan itu memberikan tumpuan penuh bagi membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, 4 November ini. - BERNAMA

Tiada ulasan: