Rabu, 28 Ogos 2013

Kontroversi Dua Filem; Kerajaan BN Gagal Wujudkan Perpaduan Nasional

BULETIN ONLINE

MARANG – Bagi PAS kontroversi yang timbul dari dua buah filem ‘Tanda Putera’ karya Suhaimi Baba dan ‘The New Village’ karya Namawee adalah ekoran isu-isu perkauman yang sentiasa ditiupkan oleh parti-parti kerajaan; Umno, MCA dan MIC.

Parti-parti perkauman tersebut, menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, tidak boleh hidup kecuali menjadikan isu-isu kaum yang sensitif, sebagai modal kempen politik.

Katanya, isu yang besar disebalik kedua-dua filem tersebut adalah isu perpaduan yang gagal diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

“cuma saya tengok dari segi isu yang besar (dari konroversi dua filem itu) adalah isu perpaduan, perpaduan ini adalah teras……….kerajaan pun sebut ia adalah teras, tetapi apa yang dibuat oleh kerajaan seolah-olahnya tidak menjurus ke arah itu,

“isu-isu perkauman (pada) setiap kali pilihanraya sepanjang masa…..sebelum pilihanraya isu-isu perkauman ini sentiasa dihangatkan dengan pelbagai insiden, termasuklah filem-filem yang dibiayai oleh Finas dan sebagainya,”ujarnya.

Tuan Ibrahim Tuan Man

Katanya, kerajaan sepatutnya memikirkan perkara yang lebih besar kerana sentimen perkauman adalah satu perkara yang boleh memudaratkan pada masakini dan pada masa hadapan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam satu Majlis Makan Durian bersama penduduk di Kampung Sungai Serai, DUN Pengakalan Berangan, dekat sini pada Isnin 26 Ogos.

Oleh itu, PAS menyarankan supaya kerajaan mewujudkan perpaduan yang ‘real’ dan menghapuskan nilai-nilai perkauman sedikit demi sedikit.

“ia (sentimen perkauman) sangat memudaratkan perpaduan negara buat masa kini dan pada masa depan, sepatutnya kerajaan menuruskan kearah bagaiman mwujudkan perpaduan yang sebenar (real) dan menghapuskan nilai-nilai sedikit demi sedikit,

“kita yakin bahawa sekiraya kita berjaya, kita akan ketepikan nilai-nilai tersebut…….dah 56 tahun kita merdeka, (sepatutnya) kerajaan dapat mengatasi isu-isu perkauman ini,”jelasnya. [Lihat Video]
Menurutnya, sehingga kini, ekoran pelbagai kontroversi yang timbul, termasuk isu yang timbul dari dua filem itu, PAS menganggap kerajaan gagal mewujudkan perpaduan nasional.

Mengulas lanjut, beliau mendakwa pada pilihanraya umum kali ke-13 yang lau, parti-parti berasaskan kaum samada Umno, MCA dan MIC semakin ditolak oleh rakyat.

Katanya, generasi yang ada pada hari ini adalah generasi Malaysia yang lahir selepas merdeka yang tidak tahu menahu tentang insiden ’13 Mei’.

“generasi yang ada hari ini adalah generasi yang lahir selepas merdeka yang bukan tengok lagi (peristiwa 13 Mei) walaupun 13 Mei satu insiden yang kita semua tidak mahu ia berlaku, tetapi ia telah berlaku,
“tetapi mengapi-apikan semangat perkauman (dan mengaitkan degan 13 Mei) adalah sngat tidak baik, kerajaan perlu memikirkan perpaduan sepenuhnya kepada semua (Melayu, Cina, India dan lain-lain),”tegasnya.

Beliau berkata, mereka semua sudah lahir di sini, besar di negara ini dan ini adalah negara mereka dan negara kita bersama.

Katanya, PAS menegaskan, perpaduan mesti ada satu teras dan terasnya adalah kepercayaan dan saling mempercayai.

Tiada ulasan: