Isnin, 29 Julai 2013

Kehabisan diesel berlaku di mana-mana.

Harakahdaily,


Diesel habis di stesen minyak di lebuhraya Kesas - gambar  Syamsuddin Ghazali

KUALA LUMPUR: Fenomena kehabisan bekalan diesel di stesen-stesen minyak rupanya berlaku di merata tempat di seluruh negara.

Ia berlaku sejak Sabtu lepas lagi apabila ia dikesan oleh pembaca Harakahdaily.

Malam tadi, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard menggesa pihak bertanggungjawab agar segera tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, serta menyediakan pelan terbaik untuk selesaikan krisis ini.

Seorang pembaca Harakahdaily, Syamsuddin Ghazali pula melaporkan, pada Sabtu 27 Julai, beliau telah  melalui lebuhraya Kesas pada sebelah malam dari Subang ke Klang.

Sepanjang laluan ada 4 atau 5 stesyen minyak yang beliau singgah semuanya kehabisan diesel.

"Keesokan pagi masalah yang sama masih berlaku dan saya terpaksa melalui laluan biasa untuk mendapatkan bekalan diesel," tulis pembaca berkenaan kepada Harakahdaily.

Di petrol stesen sekitar Jalan Pahang Barat juga menaikkan tanda 'Harap maaf, diesel habis'.

Mereka mendakwa, bekalan diesel telah dihabis di pam mereka sejak Jumaat 26 Julai lagi.

Sehubungan itu, semua pihak meminta pihak kerajaan memberikan penjelasan segera mengenai masalah ini.

Tiada ulasan: