Jumaat, 28 Jun 2013

Pelajar India Tidak Layak Belajar di Matrikulasi?

Editor BULETIN

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/dewanrakyat450.jpgAhli Parlimen Batu gajah, V. Sivakumar menyelar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin yang juga merupakan Menteri Pelajaran kerana kenyataan yang didakwa menghina kaum India dalam Dewan Rakyat.

Menurutnya, ketika menjawab soalan tentang peluang kaumIndia belajar di Matrikulasi Muhyiddin telah berkata, kaum India hanya diberikan tempat pelajar yang tidak layak bagi memenuhi kuota 1800 orang pelajar Matrikulasi untuk kaum Inda pada tahun 2013.

Untuk menjawab soalan samada kerajaan benar- benar menawarkan 1500 tempat matrikulasi untuk pelajar-pelajar India, beliau berkata kerajaan telah menepati janji dengan memberikan 1500 tempat itu pada tahun 2012. Beliau tambah dengan mengatakan bahawa 1800 tempat matrikulasi kepada pelajar-pelajar India pada tahun 2013.

"Dalam menjawab soalan itu, beliau juga telah menghina kaum India dengan mengatakan bahawa untuk memenuhi kuota yang dijanjikan terpaksa memberi tempat kepada pelajar-pelajar yang tidak layak.

"Beliau berkata piawaian yang ditetapkan terpaksa diturunkan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar India yang tidak layak semata-mata untuk menepati janji yang ditepati,"ujar Sivakumar dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata demikian ketika mengulas jawapan Menteri Pelajaran itu dalam Sidang Parlimen yang bermula pada Isnin 24 Jun.

Beliau berkata, ucapan Timbalan Perdana Menteri itu memang satu penghinaan kepada kaum India dan mempersoalkan adakah benar bahawa pelajar-pelajar India yang kelayakannya lebih rendah daripada pelajar-pelajar lain diberi tempat matrikulasi pada tahun 2012 dan 2013?

Katanya, Muhyuddin telah mengeluarkan kata-kata yang menghina masyarakat India dan beliau harus bertanggungjawab terhadap kenyataannya itu.

Tiada ulasan: