Khamis, 30 Mei 2013

Iskandar, Teng dilantik Exco kanan S'gor

MALAYSIA KINI


 
Seramai sepuluh orang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengangkat sumpah jawatan hari ini, hampir sebulan selepas pilihan raya umum 5 Mei.

Barisan anggota exco yang baru dilantik ini, membabitkan empat wakil PAS dan masing-masing tiga wakil DAP dan PKR, mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang pagi ini.

Upacara tersebut berlangsung di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri istana tersebut.

Bekas Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim (DAP, Sungai Pinang) juga dibariskan sebagai anggota Exco kanan untuk penggal kali ini.

Jawatan Speaker tersebut kini diisi wakil DAP Hannah Yeoh (Subang Jaya), manakala Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR, Seri Setia) dilantik sebagai timbalan Speaker, menurut satu senarai yang diumumkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Seorang lagi yang dilantik Exco kanan ialah wakil PAS Iskandar Abdul Samad (Cempaka), menurut Khalid yang mengumumkan perkara itu dalam sidang media selepas upacara mengangkat sumpah jawatan tersebut.

Berikut adalah senarai penuh anggota Exco Selangor:

Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong (PKR, Bukit Lanjan) – Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar

Dr Daroyah Alwi (PKR, Sementa) – Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi Dan Inovasi

Rodziah Ismail (PKR, Batu Tiga) – Kebajikan, Hal Ehwal Wanita

Datuk Teng Chang Khim (DAP, Sungai Pinang) – Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan

Ganabatirao Veraman (DAP, Kota Alam Shah) – Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin

Ean Yong Hian Wah (DAP, Seri Kembangan) – Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu & Pemutihan Kilang Haram

Sallehin Mukhyi (PAS, Sabak) – Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa

Dr Halimah Ali (PAS, Selat Klang) – Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan

Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS, Sijangkang) – Belia Dan Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam

Iskandar Abdul Samad (PAS, Cempaka) – Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar

Menteri besar sendiri mengetuai portfolio Kewangan, Pembangunan Tanah & Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan, Jawatankuasa Adat Melayu.

Tiada ulasan: