Sabtu, 30 Mac 2013

Jumlah pengundi pos luar negara tunjuk kelemahan SPR- Mafrel

Oleh: Mohd Arif Juhani

MafrelKUALA LUMPUR : Bilangan kecil pengundi pos di luar negara yang mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan kelemahan besar yang perlu diperbaiki suruhanjaya itu, kata Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya (MAFREL), Syed Ibrahim Syed Noh.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf semalam mengatakan bilangan permohonan mengundi pos di luar negara hanya seramai 5,167 orang.

“Bilangan ini menunjukkan ada kelemahan besar yang perlu diperbaiki SPR. Walaupun saya fikir rakyat Malaysia di luar negara tidaklah mencecah jutaan orang, tetapi nisbah ini terlalu kecil,” kata Syed Ibrahim.

Aziz semalam dilapor turut menyangkal dakwaan ‘sesetengah pihak’ bahawa rakyat di luar negara tidak diberi peluang mengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

Sambil menyoal siapakah ‘pihak’ berkenaan, Syed Ibrahim berkata, SPR sepatutnya memudahkan urusan pendaftaran pengundi di luar negara dan menggiatkan kempen mereka.

“SPR sewajarnya memudahkan urusan mengundi dari segi daftar pemilih luar negara sehinggalah hari membuang undi
Syed_Ibrahim_Mafrel.
“Hal ini kerana saya dapati proses itu di luar negara masih kabur dan dilakukan secara tergesa-gesa sehinggalah saat-saat akhir,” ujarnya ketika dihubungi.

Antara contoh lain, katanya, tindakan SPR melengahkan pendaftaran pengundi luar negara hampir 13 bulan dari tarikh cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC).

Sementara itu, Pengarah Pilihanraya Selangor, Borhan Aman Shah meminta SPR membantu pengundi di luar negara yang mahu pulang ke Malaysia untuk mengundi.

Katanya, hal ini kerana, terdapat rakyat Malaysia di luar negara mahu merasai sendiri pengalaman membuang undi di tanah air dan terlibat secara langsung dalam PRU kali ini

Tiada ulasan: