Rabu, 27 Februari 2013

Saifuddin Nasution tanding di Bandar-Kulim Baharu

ZUMURNI HAMZAH
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
 
MACHANG - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sah akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, sekali gus menamatkan spekulasi beliau tidak akan mempertahankan kerusi Machang.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan ceramah di Padang Majlis Daerah Machang semalam.

Anwar berkata, pertukaran itu dibuat bagi memenuhi permintaan orang ramai sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya PKR di Kedah.

“Bagi tujuan itu, PKR  akan memilih calon terbaik bagi menggantikan kekosongan itu( Machang) malah  perbincangan mengenainya berada di peringkat akhir,” katanya.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-12, kerusi Bandar-Kulim Baharu dimenangi calon PKR, Zulkifli Noordin dengan majoriti 5,583 undi.

Zulkifli bagaimanapun meninggalkan PKR tiga tahun lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Tiada ulasan: