Rabu, 28 November 2012

PAC digesa siasat prolehan kendali kamera AES

Muhammad Faizal,

KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyerahkan memorandum aduan berkaitan pertikaian perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan sistem saman ekor polis kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang menyerahkan memorandum tersebut di lobi parlimen kepada Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid agar satu siasatan dibuat berhubung perkara tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) berkata, PAC perlu menyiasat bagaimana dua syarikat iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd yang mengendalikan kamera AES telah mendapat hak pengendalian kamera tersebut.

"PAC perlu menyiasat pemilik-pemilik syarikat pengendali kamera AES untuk menjamin ketelusan dan tiada sebarang salahguna kuasa dalam pemberian kontrak pengendali kamera tersebut," jelasnya.

Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS juga mahu PAC menyiasat prosedur perolehan kamera-kamera milik polis.

Katanya lagi, penyisatan perlu diberikan kepada peningkatan harga bagi kamera perangkap laju kegunaan polis yang mana harga yang dibeli berlipat kali ganda lebih mahal daripada harga yang dibeli oleh negara-negara luar seperti Amerika Syarikat.

"PAC perlu menyiasat syarikat pembekal kamera perangkap had laju yang digunakan oleh polis.

"Kenapa harganya berlipat kali ganda, kita mahu tahu apa yang berlaku disebaliknya sehinggakan ia boleh berlaku sedemikian," jelasnya pada sidang media.

Menurutnya, mesyuarat jemaah menteri pada 16 September 2009, melalui Model Kewangan Dengan Formula Tiga Langkah bersetuju pengandalian kamera AES diberi kepada syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.

"Walau bagaimanapun kenyataan kerajaan menyatakan bahawa pengendali kamera AES dibuat oleh dua syarikat iaitu Beta Tegap dan juga ATES.

"Jadi apa yang telah terjadi kepada Commercial Circle yang telah dipersetujui sebelum ini," kata beliau lagi.

Tiada ulasan: