Selasa, 27 November 2012

Lebih 75 peratus Warga Emas Di Selangor Didaftar Dalam Program SMUE




SHAH ALAM : Seramai 200,356 orang warga emas telah didaftarkan untuk program-program di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sehingga 31 Oktober 2012.

Jumlah tersebut merupakan 75.6 peratus daripada keseluruhan populasi golongan itu di dalam Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri tidak dapat mendaftar warga emas secara automatik kerana ketiadaan sistem pangkalan data tentang maklumat warga emas di Selangor.
Sistem tersebut terletak di bawah Jabatan Pendaftaran Negara.

Abdul Khalid berkata, berdasarkan analisa, terdapat kira-kira 236,000 warga emas yang sepatutnya boleh mendaftar untuk SMUE.

“Menurut peratusan sejak program ini dilancarkan sebanyak 75.6 peratus adalah layak mengikut syarat untuk menyertai dalam Skim Mesra Usia Emas,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) menjawab soalan dari Adun Batu Caves, Amirudin Shari.

Tiada ulasan: