Khamis, 30 Ogos 2012

Ulama Tidak Perangi Rasuah Dikritik



KUALA LUMPUR: Ulama Islam dikritik atas sikap berdiam diri daripada usaha memerangi rasuah dan sistem urus tadbir yang buruk di negara ini, kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mazslee Malik.

Tokoh akademik itu berkata, ulama di negara ini perlu memainkan peranan yang lebih efektif dan tidak menumpukan kepada isu yang lebih penting.

"Ulama tidak boleh memisahkan politik dan prinsip Islam kerana ia saling berkaitan.

"Fenomena ini bertentangan dengan tradisi Islam di zaman Rasulullah SAWyang bukan sahaja menjadi pemimpin malah terlibat dalam usaha menentang rasuah dan pemimpin yang tidak melaksanakan prinsip urus tadbir yang baik,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional atau National Oversight and Whistleblowers (NOW) di pejabat pusat itu pada Khamis.

Tiada ulasan: