Khamis, 30 Ogos 2012

Fuziah tidak ketepikan orang Melayu

 
Dalam PKR Kuantan, hanya enam daripada 16 AJK yang bukan Melayu iaitu lima orang Cina dan seorang kaum India.



KUANTAN: Dakwaan bahawa Ketua PKR cabang Kuantan, Fuziah Salleh mengenepikan orang Melayu di kawasan itu dinafikan oleh Naib Ketua, Zainurin Mohd Noor.

“Dakwaan itu tidak betul. Orang mungkin mahu menjatuhkan Fuziah dan mereka juga sakit hati dengan saya. Orang dengki kerana PKR Kuantan banyak  program.

“Saya juga tidak berhenti daripada tugas sebagai pegawai khas Fuziah,” kata Zainurin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan ahli PKR Kuantan yang berbangsa Melayu kecewa dengan Fuziah kerana mengutamakan kaum bukan Melayu.

Dakwaan lain pula ialah pegawai-pegawai yang bekerja dengan Fuziah juga telah meletakkan jawatan.

“Dalam PKR Kuantan, hanya enam orang AJK yang bukan Melayu iaitu lima orang Cina dan seorang kaum India.

“PKR di sini memang didominasi oleh orang Melayu sejak penubuhannya pada tahun 1999.
Orang Cina yang menjadi AJK itu hanya dilantik selepas Fuziah menang kerusi Parlimen Kuantan pada tahun 2008,” tambah Zainurin.

Sebuah blog popular di Kuantan sebelum ini melaporkan sikap Fuziah yang lebih memberi muka kepada “bukan Melayu” dalam setiap gerak kerjanya maka kemungkinan besar beliau akan kehilangan ramai penyokong kuatnya dari kalangan orang Melayu selepas ini.

Blog itu juga menulis terbaru, dipercayai naib ketua cabang  pula telah menghantar surat perletakkan jawatannya beberapa hari yang lalu.

Tag: PKR AJK, Fuziah Salleh, Zainurin Mohd Noor, Melayu, Cina, India, Parlimen

Tiada ulasan: