Rabu, 29 Ogos 2012

Dompok umum habuan bagi pekebun kecil Sarawak

THE MALAYSIAN INSIDER

 JULAU, — Kerajaan telah memperuntukkan RM194.7 juta di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk program penanaman dan penanaman semula getah (2011-2012) di negara itu
 Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok (gambar) berkata dengan jumlah itu, kerajaan akan menanam getah di atas 53,222 hektar di mana 36,824 hektar adalah untuk penanaman semula dan 16,398 hektar untuk penanaman baharu.

Bercakap pada sesi bertemu rakyat di Rh. Mauwa di Sungai Masit, Ulu Kanowit di Julau, Sarawak hari ini, beliau berkata RM53 juta telah diberikan kepada Jabatan Pertanian untuk aktiviti penanaman baharu di atas 8,520 hektar sementara RISDA telah diberikan RM112.7 juta bagi penanaman dan penanaman semula tambahan di atas 4,200 hektar.

Dompok berkata di bawah program ini, pekebun kecil akan diberikan bantuan berjumlah RM13,500 sehektar, yang termasuk klon getah berkualiti tinggi dan baja serta racun serangga.

Bagi lada hitam pula, kerajaan memberikan dana khas sebanyak RM3.1 juta untuk membuka lebih banyak kawasan penanaman, katanya.

Dompok berkata peladang lada hitam akan mendapat insentif sehingga RM18,000 sehektar termasuk bahan tanaman dan pancang untuk tiga tahun.

Beliau berkata pengusaha perladangan baharu juga layak mendapat bantuan yang sama.

Di bawah program pemulihan penanaman lada hitam itu, beliau berkata peladang boleh menerima bantuan dalam bentuk baja dan racun serangga bernilai RM8,000 sehektar.

Beliau juga mengumumkan bantuan berjumlah RM4.4 juta untuk penanam lada hitam Sungai Masit, yang mana RM2.2 juta daripadanya adalah untuk pembinaan jalan sepanjang 9 km menuju ladang-ladang mereka
 Sementara itu, Dompok juga berkata pekebun kecil kelapa sawit juga akan mendapat insentif berjumlah RM9,000 sehektar untuk pembersihan kawasan, anak pokok dan lain-lain bahan untuk kedua-dua penanaman baharu dan penanaman semula.

“Kami telah meluluskan permohonan melibatkan 19,136 hektar untuk penanaman baharu dan 267.7 hektar untuk penanaman semula,” katanya. — Bernama

6 ulasan:

Hosie Masie berkata...

Ini bagi memastikan penduduk dapat meningkatkan ekonomi pendapatan mereka.

mantera berkata...

berita gembira kepada pekebun kecil.

Hosie Masie berkata...

Kerajaan cuba yang terbaik untuk memastikan rakyat keluar daripada kemiskinan dengan memberikan pelbagai program dan projek untuk dilaksanakan.

Unknown berkata...

Di Sabah pun program penanaman semula getah ni sudah giat dijalankan tapi ada juga antara penduduk yang meluahkan rasa ragu-ragu kerana takut ditipu.

Mumbai berkata...

jika habuan di umumkan di Sabah, pasti pembangkang2 di Sabah lebih dulu membantah projek ini kononnya merapas tanah dan sebagainya..

Mumbai berkata...

saya harap penduduk Sarawak dapat memanfaatkan sepenuhnya bantuan kerajaan ini dan jangan mudah terpengaruh dengan hasutan pihak pebangkang yang akan membantah apa saja usaha kerajaan dalam membangunkan ekonomi rakyat..