Selasa, 31 Julai 2012

SIAPA ZUL KULUM YANG DESAK LAJIM LETAK JAWATAN?

Oleh:  WFAUZDIN NS


APABILA Datuk Seri Lajim Ukim mengumumkan meletakkan semua jawatannya di dalam Umno dan paling `menghiris' hati Najib adalah apabila Lajim mencabar Najib agar memecatnya dari kabinet dan parti seberapa segera.  Lajim kini masih memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan walaupun beberapa hari lalu beliau secara terus terang menyebut akan menyokong PR dan berada di pihak DS Anwar.

Mengapa Najib tidak mahu pecat Lajim? Umno kini benar-benar tenat.  Mahu mencari ahli baru amat susah maka bukan mudah juga mahu buang ahli apatah lagi tokoh berpengaruh seperti Lajim.   Tapi yang peliknya, Zul Kulum pula terhegeh-terhegeh suruh Lajim letak jawatan dari kabinet dan parti itu apa hal?  Zul Kulum selaku Naib Presiden PERKASA berkata, perkara itu perlu dilakukan Lajim sebagai menghormati prinsip demokrasi memandangkan perjuangan bekas ketua Umno Beaufort itu sudah lagi tidak sehaluan dengan PM, Najib.

Mimpikah Zul Kulum?  Beliau lupakah yang beliau sendiri paling tidak bermaruah dan bangsat sekali apabila tidak meletakkan jawatan sebagai MP Kulim Bandar Baru setelah beliau dipecat dari parti.  Beliau sedar, beliau menjadi MP adalah atas anugerah parti beliau dahulu iaitu PKR dan rakyat mengundi beliau pun atas logo yang beliau bawa.  Kini, beliau bawa logo apa?  Mungkin sekarang beliau berlogo `katak' maka adalah lebih bermaruah jika beliau meletakkan jawatannya.

Sabtu lalu, Lajim, 57, mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuat kuasa serta merta. Beliau sebelum itu meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Cawangan Kerambai Kebatu.

Besar kemungkinan Zul Kulum cuba mengintai kalau-kalau beliau boleh ampu Najib untuk menggantikan tempat yang bakal dikosongkan oleh Lajim.  Sebab itulah tidak sabar-sabar Naib Presiden PERKASA ini menggesa Lajim letak jawatan segera sehingga dia sendiri lupa dia menenggek atas kerusi hak milik orang lain. Tidak malukah beliau?/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: