Rabu, 27 Jun 2012

Apa pendirian kerajaan bersih daftar pemilih

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: PAS meminta Perdana Menteri menyatakan apakah pendirian Kerajaan dan SPR terhadap tuntutan membersihkan daftar pemilih.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berikut adalah pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS.

Dr. Mohd Hatta Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah jalan dan nama-nama jalan kampung dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang perlu dibaik pulih tahun ini.

Siti Zailah Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik kelahiran anak tidak sah taraf yang berdaftar sejak tahun 2000 hingga 2011 dan apa penyelesaian Kerajaan untuk mengatasi masalah ini secara holistik.

Nasharudin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah peruntukan perundangan yang sedia ada dapat mengekang perkembangan budaya LGBT yang semakin menular dalam masyarakat dan apakah tindakan yang bakal diambil bagi mengatasinya.

Khalid Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendirian Kerajaan dan SPR terhadap tuntutan membersihkan daftar pemilih.

Dr. Siti Mariah Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status kajian skim gaji baru perkhidmatan awam yang akan menggantikan SBPA yang telah dibatalkan.

Datuk Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana maklumat geografi Malaysia yang ada dalam peta Google menjamin keselamatan negara dan rakyat.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah dilaksanakan audit prestasi terhadap sistem-sistem perisian komputer yang dibeli oleh Kerajaan untuk kegunaan sektor awam, jika ada mengapa laporan audit prestasi itu tidak dibentangkan di Parlimen.

Muhammad Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk menyatakan bantahan rasmi terhadap kenyataan presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama berkaitan sokongan beliau terhadap perkahwinan sejenis.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan usaha-usaha Kerajaan Persekutuan dalam membantu Program Tahun Melawat Kelantan 2012.

Dr. Dzulkefly Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah dari jaminan hutang 'Contingent Liabilities' oleh Badan-badan berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) yang akhirnya terpaksa dibayar oleh Kerajaan Pusat kerana tidak dibayar oleh peminjam-peminjam GLCs yang menghadapi masalah kewangan.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah program yang dilakukan untuk mengelak julat perbezaan dalam pendapatan (inequalities) dalam usaha meningkatkan pendapatan perkapita negara.

Dr. Che Rosli Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah-langkah bagi memastikan harga barang makanan utama tidak dinaikkan dengan sewenangnya oleh pembekal dan peruncit.

Datuk Dr. Mohd Hayati Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan peranan Kementerian dalam membantu menaikkan taraf hidup petani mengatasi masalah kenaikan input pertanian kebelakangan ini.

Mohd. Nasir Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) status terkini Pengarah Besar Felda Dato' Zulkifli Abdul Wahab yang dicutikan oleh Perdana Menteri; dan

(b) mengapakah beliau tidak dilibatkan secara langsung dalam usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad dengan menganggotai mana-mana jawatankuasa atau lembaga pengarah FGVHB.

Tiada ulasan: