Khamis, 31 Mei 2012

Dewan Ulamak PAS anjur Ijtimak Watani

Salmiyah Harun,
 
KUALA LUMPUR: Lajnah Ulamak Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat akan menganjurkan Ijtimak Watani Ulamak Pelapis PAS Pusat sempena Himpunan Hijau PAS di Kedah, esok 1 Jun 2012.

Program Ijtimak Watani Ulamak Pelapis tersebut akan bermula pada jam 3 petang bertempat di Kompleks PAS Kedah, Bt. 9, Simpang 4 , Alor Setar, Kedah.

Diantara pengisian Ijtimak Watani tersebut ialah ucapan daripada Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Datuk Harun Taib, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Zawawi Salleh, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali dan Pengerusi Lajnah Ulamak Pelapis dan Keahlian Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Khirul Mutanazzar.

Menurut Pengarah Ijtimak Watani Ulamak Pelapis PAS Pusat, Ustaz Harme, ini adalah program terbesar yang menghimpunkan para ulamak pelapis yang menjadi tonggak utama Dewan Ulamak PAS menjelang pilihan raya umum ke-13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja.

Jesteru itu, beliau menyeru agar seluruh ulamak pelapis dari segenap penjuru bumi Malaysia agar dapat meluangkan masa untuk sama-sama mendengar taujihat daripada pihak kepimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat sebagai bekalan persiapan Ulamak Pelapis untuk merungkai rantaian kezaliman di Malaysia dalam PRU ke 13 nanti.

Tiada ulasan: