Ahad, 29 Januari 2012

Malaysia diiktiraf sebagai destinasi pelancongan unggul, kata menteri

THE MALAYSIAN INSIDER


Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
RAUB — Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, Malaysia telah disenaraikan sebagai antara destinasi pelancongan paling “bernilai untuk wang” di dunia oleh laman pelancongan kos rendah, STA Travel United Kingdom.

Selain itu, Malaysia juga dinamakan salah satu daripada 10 negara pilihan destinasi pelancongan oleh laman maklumat dan pelancongan Lonely Planet.

Dr Ng juga berkata dalam laporan Badan Pelancongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Malaysia menduduki tempat ke-9 dalam senarai jumlah ketibaan pelancong.

Menurut Bernama Online, Dr Ng membuat kenyataan-kenyataan berikut semasa majlis sempena Tahun Baru Cina semalam di sini. Majlis dirasmikan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sulatan Ahmad Shah; turut hadir – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau dipetik berkata, “Industri pelancongan telah menaikan nama Malaysia di mata dunia. Kenyataannya, ia merupakan penyumbang ke-5 terbesar kepada pendapatan negara."

Pahang, contohnya, telah merekodkan jumlah ketibaan 9.3 juta pelancong dimana Raub mencatatkan sebanyak 91,868 jumlah ketibaan. Anggota parlimen Raub itu berkata Pahang dikurniakan alam semulajadi yang menarik serta persekitaran aman yang menjadikannya tarikan pelancong utama. Tarikan utama Raub termasuklah Fraser’s Hill, air terjun Jarum serta Jeram Besu yang menjadi tempat pilihan peminat kayak dan berkhemah.

Menurut menteri itu lagi, Pahang telah diberi peruntukan RM40.27 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 untuk projek pembangunan seluruh negeri untuk mempromosikan pelancongan.

Tiada ulasan: