Selasa, 31 Januari 2012

DAP Bidas Ismail Sabri Tipu Rakyat, Isu Kenaikan Harga Gula Semata-Mata Untuk Pancing Undi PRU

PAHANG DAILY


KUALA LUMPUR - Parti Demoratik Rakyat (DAP) hari ini membidas kerajaan pimpinan BN kerana cuba memperbodohkan orang ramai dengan membuat dakwaan bahawa subsidi gula dinaikkan kerana harga dunia yang meningkat sedangkan hakikatnya harga gula di seluruh dunia turun sejak enam bulan yang lalu.

"Oleh yang demikian, dengan mengekalkan harga gula pada RM2.30, kerajaan sebenarnya telah memberi subsidi yang kurang, dan bukannya subsidi tambahan, seperti yang dengan bangganya didakwa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri lsmail Sabri Yaakob.

"Apakah lsmail Sabri cuba untuk menipu rakyat dengan mendakwa kononnya Malaysia telah meningkat lagi subsidi gula kerana harga bahan itu di seluruh dunia telah meningkat walaupun hakikatnya adalah sebaliknya?"
kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua (foto) dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk laporan akhbar Jumaat lalu, di mana menteri berkenaan mendakwa bahawa kerajaan menanggung subsidi yang kian meningkat iaitu daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram gula bagi mengekalkan harga pada RM2.30.

Dalam laporan akhbar The Star itu, Ismail Sabri memuji kerajaan kerana mampu mengekalkan harga gula walaupun pada hakikatnya bahawa "harga gula global terus melambung".

Pua juga berkata apa yang sangat menarik ialah harga gula global dalam tempoh enam bulan yang lalu sejak kenaikan harga terakhir pada bulan Mei 2011 sebenarnya telah turun dengan ketara dan tidaklah melambung.

[Ismail Sabri memangnya pemimpin UMNO dan Menteri BN yang telah banyak kali menipu rakyat dalam isu kenaikkan harga barang.

Sejak beliau menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan sudah beberapa kali "menipu rakyat". Malah pada penghujung tahun 2010 dulu (3 November) beliau dengan beraninya mengatakan "harga minyak RON95 akan kekal tahun ini" klik sini , jaminan itu dibuat selepas RON97 naik naik lima sen seliter sehari sebelum itu.

Namun, apa yang berlaku awal tahun 2011 minyak RON95 telah naik tanpa diduga iaitu dua bulan selepas janji manis beliau itu. Sekarang dia mahu menipu rakyat lagi dengan kenyataan yang mahu mempertahankan kerajaan. Sedangkan rakyat sudah tahu taktik kotor beliau selama ini.

Oleh itu, rakyat diminta berhati-hati dengan apa jua janji dan tawaran yang dibuat oleh kerajaan sekarang. Segalanya adalah menjurus kepada "pancing undi" untuk Pilihanraya Umum Ke-13 sebenarnya. Maka, fikirkanlah dan jangan melakukan kesilapan lagi].

Tiada ulasan: