Selasa, 31 Januari 2012

Al-Quran Terbiar Bersama Sampah

shahril shaid

alt


JERANTUT - Penduduk sekitar di sekitar Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut di sini dikejutkan dengan penemuan naskhah al-Quran, muqaddam dan kitab agama dibuang bersama dengan sampah,mereka menyifatkan perbuatan ini tidak sensitif dan tidak bertanggungjawab.

Kitab suci itu ditemui terbiar dalam guni besar di celah longgokan sampah di hadapan sebuah premis di kawasan tersebut petang kelmarin,keadaan ini menimbulkan ketidakpuasan hati penduduk tempatan.

Selain 15 naskhah al-Quran, turut ditemui bersama longgokan sampah berkenaan ialah surah Yasin, serta kitab ilmu Tauhid dan Fiqah yang mengandungi ayat suci al-Quran.

Kesemua kitab suci itu ditemui bersama dengan buku rampaian sekolah, kertas dan fail yang dibuang di kawasan berkenaan

Tiada ulasan: