Rabu, 28 Disember 2011

Rasuah: Bekas pegawai anak syarikat IIB mengaku salah

MALAYSIA KINI

Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini menjatuhkan hukuman denda RM20,000 ke atas seorang bekas pegawai kanan kepada anak syarikat Iskandar Investment Berhad (IIB) yang mengaku salah atas tuduhan rasuah.

Lelaki berusia 51 tahun itu mengaku salah atas tuduhan berkenaan mengikut Seksyen 132(2)(b) Akta Syarikat, lapor The Star Online.

Lelaki berkenaan merupakan saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam beberapa kes melibatkan IIB dan identitinya masih dirahsiakan.

Tiada ulasan: