Sabtu, 31 Disember 2011

Protes Akta Perhimpunan Aman 'naik' LRT

Nigel Aw


Dengan demonstrasi bakal diharamkan tidak lama lagi, kira-kira 60 orang menyertai satu protes terhadap Akta Perhimpunan Aman semasa menaiki LRT dari KL Sentral ke stesen KLCC.

killthebill lrt new year wish yellow protest 311211 15Mereka yang berbaju kuning itu berhimpun di KL Sentral sebelum menaiki LRT dan menarik perhatian penumpang yang lain.

Sambil membawa belon kuning yang antaranya bertulis: "I wish for a safe Malaysia", "kill the bill" dan "democracy".

Pada 22 Disember lalu, Dewan Negara meluluskan Akta Perhimpunan Aman yang mengharamkan demonstrasi jalanan.

Halangan terakhir ialah perkenan Yang di-Pertuan Agong tetapi ia tetap menjadi undang-undang secara automatik dalam tempoh sebulan walaupun tanpa mendapat perkenan diraja.

Protes hari ini merupakan kelima oleh killthebill.org sejak rang undang-undang tersebut dibentangkan di Parlimen pada bulan November.

Sebelum itu, penganjur protes tersebut, Wong Chin Huat secara berseloroh berkata dia kecewa kerana Ketua Polis Daerah Brickfield, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid tidak berada di situ untuk menahannya.

killthebill lrt new year wish yellow protest 311211 04Pada 14 Disember lalu, polis telah menahan kira-kira 15 pelajar apabila mereka berhimpun di KL Sentral, menuntut kebebasan akademik.

Apabila tiba di KLCC, kumpulan itu bergerak menuju ke pusat membeli-belah sambil mengucap selamat Tahun Baru kepada orang ramai serta mengagihkan gula-gula.

Mereka kemudian makan di sebuah restoran tetapi ada yang kemudiannya diminta menunggu di luar, dan kemudiannya diminta beredar dari situ kerana "menghalang" pergerakan orang ramai.

Wong mendakwa, pemilik restoran agak baik tetapi dua orang lain daripada pengurusan KLCC memberinya arahan.

Tiada ulasan: