Ahad, 27 November 2011

Kongres PKR - Tan Ah Kau Ceramah Isu Maal Hijrah.

Radhi Razak

JOHOR BAHRU . - Kongres PKR hari ini diserikan dengan ucapan Perwakilan dari Selangor, Tan Ah Kau yang menyelitkan tema Maal Hijrah di dalam ucapannya.

Beliau yang juga merupakan salah seorang Pemimpin PKR Cabang Kota Raja menyeru kepada kesemua perwakilan yang hadir agar tidak hanya memikirkan soal Hijrah dalam bentuk fizikal semata-mata.

alt


“Ia menuntut perubahan daripada kezaliman kepada keadaan yang lebih selesa,” kata Tan Ah Kau.

Dalam pada menyebut soal Hijrah, Tan sempat memerli Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai soal Hijrah Piihan Raya.

“Atas semangat Hijrah ini, makin cepat Haji Najib umum bubar Parlimen, makin cepat Haji Najib berhijrah ke kampungnya di Pekan. Pada masa sama, makin cepat pula KEADILAN berhijrah ke Putrajaya,” kata Tan Ah Kau disambut tepukan gemuruh daripada perwakilan.

Tiada ulasan: