Ahad, 30 Oktober 2011

Tourism Selangor Beri Laluan Kepada Iklan MES

TVS NEWS


SHAH ALAM : Tourism Selangor menjawab dakwaan Laporan Audit Negara bahawa peruntukan tahunan anak syarikat kerajaan negeri itu digunakan bagi membiayai program Tabung Warisan Anak Selangor(Tawas).

Dalam satu laporan akhbar Sinar Harian, Jabatan Audit Negara berkata sejumlah RM70,000 diluluskan untuk mempromosi dan menaiktaraf produk pelancongan tetapi ia tidak digunakan.

Sebaliknya menurut Eksekutif Promosi dan Perhubungan Awam Tourism Selangor, Yusri Abdullah pihaknya giat mempromosi pelancongan di Selangor melalui Billboard ditempat-tempat yang sudah dikenalpasti di seluruh Selangor dan negeri-negeri lain.

Bagaimanapun katanya, ketika ini masih terdapat Billboard disediakan oleh Tourism Selangor masih dalam keadaan baik untuk digunapakai.

"Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor dalam rangka mempromosikan program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Kempen Air Percuma yang merupakan sebahagian daripada Program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor," katanya.

Selaku anak syarikat, Tourism Selangor amat menyokong niat murni kerajaan negeri dan bersedia memberi laluan bagi pemaparan visual Program MES menggantikan visual yang asalnya menjadi milik Tourism Selangor memandangkan ini adalah terbaik buat rakyat Selangor.

Tiada ulasan: