Selasa, 30 Ogos 2011

Jui Meng: MCA dan UMNO akan jadi seperti Parti KMT Taiwan

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Interbiu ekslusif Naib Presiden PKR Chua Jui Meng tidak meramalkan kepupusan parti Malaysian Chinese Association (MCA), tetapi sebaliknya melihat peluang untuk parti lamanya itu direformasikan, sembuh dan bangkit semula, mungkin selepas satu, dua atau tiga lagi pilihan raya umum, mengikut jejak parti Koumintang di Taiwan.

"Bahkan di dalam kehidupan individu ada naik turun, apatah lagi satu parti seperti MCA dengan beratus-ratus ribu ahli. Tetapi MCA akan terus hidup kerana pertama, ia mempunyai wang untuk membiayai operasinya. Ia juga mempunyai rangkaian yang luas. Anda boleh katakan ia adalah kuno tetapi ia tetap berjaya, "Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

"Di Taiwan, inilah yang terjadi kepada KMT. Parti DemokratikProgresif yang diketuai Chen Shui Bian yang berkuasa selepas KMT memerintah Taiwan selama lebih 5 dekad. Tetapi Chen sendiri mengamalkan rasuah dan selepas dua pilihanraya umum, beliau telah disingkirkan dan KMT sekarang kembali berkuasa. Tetapi, hanya selepas KMT meraih kembali keyakinan rakyat dengan mengakui ia bersalah dan mengambil tindakan untuk menunjukkan keikhlasannya. "

Rendah diri dan memperbetulkan yang salah

Presiden Taiwan sekarang ialah Ma Ying jeou dari KMT. Beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat popular yang dikurniakan dengan kekacakkan bintang film. Beliau mempunyai reputasi yang kukuh sebagai reformis, satu imej yang mustahil untuk KMT pada tahun 1990-an. KMT ketika itu dilihat sebagai parti yang paling korup dan jahat. Rakyat Taiwan muak dengan pemerintahan kuku besinya.

Akhirnya , Chen tetap berjaya pada tahun 2000 dan memerintah sehingga tahun 2008.

Terkejut, KMT akhirnya terpaksa merendah diri. Ia telah mengakui bahawa sebahagian aset yang diperolehi melalui cara yang menyalahi undang-undang dan berjanji untuk memulangkannya kepada kerajaan. Walaubagaimanapun, kuantiti aset yang perlu dikelaskan sebagai haram masih menjadi topik perdebatan panas.

Di Malaysia, Jui Meng menegaskan persamaan antara KMT dengan MCA dan juga diperluaskan kepada BN, boss UMNO.

"Sejarah sentiasa berulang," kata Jui Meng. "Ini adalah satu pengajaran yang baik untuk kedua-dua MCA dan UMNO untuk berfikir dan tidak melampau batas mereka sendiri. Pada masa ini, mereka telah kehilangan semua kebijaksanaan dan tiada apa-apa yang anda boleh katakan yang dapat memujuk mereka. Mereka akan meneruskan penipuan mereka untuk terus berkuasa , dan juga merosakkan negara dengan perkauman dan ketaksuban agama.

"Tetapi lebih banyak perbuatan berdosa dan jenayah yang mereka lakukan, semakin sukar bagi rakyat untuk mengampunkan mereka kerana perkara yang hendak dielakkan akan tetap berlaku. Akan ada perubahan kuasa, transformasi politik, masyarakat dan ekonomi dan tiada siapa yang boleh menghentikannya kerana ia sahaja yang boleh berlaku. Selepas 5 dekad pemerintahan buruk, inilah penawarnya. Bisul mesti dipecahkan dan nanah mesti dikeluarkan. "

Tahun-tahun yang sukar dihadapan, hisap darah baru untuk terus hidup

Jui Meng yang kini berumur 68 tahun pernah bertanding jawatan presiden MCA menentang Ong Tee Keat pada penghujung 2008. Namun begitu, beliau telah memberi amaran bahawa MCA perlu melaksanakan pembaharuan drastik termasuk menerima kaum-kaum lain ke dalam parti itu. Jui Meng juga memberi amaran bahawa jika kepimpinan tertinggi MCA terus membodek UMNO dengan mengenepikan masyarakat Cina, maka hanya akan wujud peluang tipis semasa pilihan raya umum yang akan datang untuk mereka dan itu pun akan disia-siakan oleh MCA yang sudahpun menjadi lemah.

Dalam pilihanraya umum Mac 2008 yang lepas, MCA memperoleh prestasi paling buruk yang hanya dapat mengekalkan 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 32 daripada 91 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan. Pemimpin-pemimpinnya kemudian berjanji untuk membuat pembaharuan atau untuk bertindak sebagai sumber pembaharuan dalam BN, tetapi usaha mereka gagal setelah dipukul oleh kaum UMNO yang berkeras melindungi pengundi Melayu mereka.

"Inilah perkara-perkara yang saya utarakan dan beri amaran kepada mereka pada tahun 2008. Tetapi kita memandang ke hadapan sekarang dan tidak ke belakang, jadi apa yang penting, adakah MCA mempunyai kepimpinan yang betul untuk membantu arus parti dalam tempoh beberapa tahun akan datang," kata Jui Meng , yang telah berhenti untuk menyertai PKR pada tahun 2009 setelah gagal untuk meyakinkan kepimpinan tertinggi MCA untuk beralih arah.

Ini akan menjadi tahun yang sangat sukar dan apa yang MCA perlukan adalah wajah baru , baik lelaki atau wanita yang mempunyai visi dan kecergasan akal fikiran. Mereka mesti bersedia untuk mengakui kesilapan parti dan dari sana membina semula parti. Jika mereka berkelakuan seperti pemimpin sekarang, Chua Soi Lek, yang terus menegaskan bahawa segalanya OK, maka ia akan memberi risiko kepada MCA untuk terus pulih dang bangkit semula.

Jangan tukar diktator lama kepada diktator baru

Bekas Menteri Kesihatan itu menjangka UMNO mengekalkan jumlah pengundi Melayu mereka walaupun beliau menjangka bahawa UMNO akan menjadi lebih lemah berbanding sebelum ini. Dan pada masa hadapan - dengan PAS, PKR dan DAP yang terus menerus dapat merekrut ahli Melayu - pengundi teras UMNO akan menjunam lebih jauh lagi, dan ia mungkin melalui jalan yang sama seperti MCA dan Gerakan.

Jui Meng berkata beliau tidak berasa seronok dalam meramalkan masa depan yang "suram" untuk kedua-dua parti tersebut dan pakatan BN. Beliau menegaskan bahawa Malaysia memerlukan keseimbangan, sistem dua parti dan menegaskan sekali lagi kejatuhan Chen Shui Bian sebagai pelajaran utama juga bagi Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya tidak mengatakan bahawa UMNO tidak akan mampu untuk mengekalkan kerajaan fedeal tetapi ia akan menjadi sesuatu yang sangat sukar. Tetapi sama ada BN terus boleh membentuk kerajaan persekutuan pada GE-13 yang akan datang, saya rasa MCA sudahpun hancur. Tidak ada cara ia boleh pulih kecuali berada di luar BN - dari dominasi UMNO untuk membina semula parti itu. Malah, lebih cepat MCA melakukan ini, lebih baik peluangnya kerana pengundi semakin muda dari hari ke hari dan dengan mudah boleh melupakan mereka untuk selama-lamanya.

"PKR komited kepada sistem dua parti. Ini adalah sesuatu yang PKR boleh jamin kepada rakyat Malaysia. Kita tidak mahu hegemoni politik atau politik menghina. Jika kita tidak komited kepada sistem dua parti , maka kita akan menjadi seperti BN dan ini bukan apa yang kita mahu untuk rakyat Malaysia. Tidak mungkin kita timbulkan persoalan menggantikan seorang diktator dengan diktator yang lain." - Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: